Options
Sorotan Kajian Terhadap Kadar Mas Kahwin di Negeri Pahang Darul Makmur
Journal
Ulum Islamiyyah
ISSN
2289-4799
Date Issued
2024-08-01
Author(s)
Mohd Rasmawi Harun
Hasiah Mat Salleh
Ahmad Effat Mokhtar
DOI
10.33102/uij.vol36no02.626
Abstract
Islam telah mensyariatkan pemberian mahar daripada suami kepada isterinya melalui sebuah akad perkahwinan. Iasebagai pengiktirafan berkaitanhak pemilikan harta kepada wanita yang mengandungi pelbagai hikmah. Walaubagaimanapun penetapan kadar mas kahwin telahdiamalkan di Malaysia dengan pelbagai pendekatandanperbezaan punca kuasa perundangan Syariah di negeri-negeritanpa suatu keseragaman. Oleh yang demikian kajian ini meneliti sorotan pensyariatannya, sejarah pengamalannya di negeri Pahang serta mengemukakan cadangan penambahbaikannya. Metodologi kajian adalah secara kualitatif berdasarkan satu instrumen utama iaitu kajian perpustakaan. Manakala, kaedah analisis data pula berasaskan analisis kandungan secara deduktif dan deskriptif. Pelbagai isu timbulsepertiketiadaanpunca kuasa yang jelas, kurang menepatiobjektifpensyariatannya, perbezaaan nilai yang sangat ketara, keutamaan pemberian yang bernilai, kekeliruan kefahaman masyarakat dan fungsinya sebagai jaminan sosio-ekonomi wanita. Oleh yang demikian adalah suatu keperluan bagimewujudkan satu punca yang jelas bagi penetapan semula kadar mas kahwin di Negeri Pahangagarlebih menepati hikmah pensyariatannya serta menjadikannya bersesuaian dengan nilaian ekonomi semasa.
File(s)
Loading...
Name
Sorotan Kajian Terhadap Kadar Mas Kahwindi Negeri Pahang DarulMakmur.pdf
Size
485.63 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):be0c6300ab5d002ce955e13abf53205d