Publication: Pembelajaran Tilawah Al-Quran Braille: Pengalaman Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (Ummi) USIM
Loading...
Date
2021-10-06
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Terdapat beberapa pendekatan yang popular dalam pendidikan tilawah al-Quran, antaranya adalah yang dimulai dengan penerapan kemahiran literasi. Pendekatan yang sama juga diaplikasikan dalam pengajaran asas tilawah al-Quran kepada komuniti OKU Penglihatan yang menggunakan medium tulisan Braille. Uniknya, di dalam mashaf al-Quran versi Braille, susunan penulisannya tidak sama seperti teks al-Quran tipikal, sebaliknya setiap huruf dan penandaan ditranskripsi ke dalam bentuk kod Braille dan disusun bersesuaian dengan keunikan cara OKU Penglihatan membacanya. Dari aspek pengajarannya pula, ia memerlukan kaedah serta teknik pengajaran yang berbeza daripada yang biasa dilaksanakan ke atas golongan tipikal. Fokus penulisan ini adalah untuk mengenengahkan dokumentasi ringkas ke atas beberapa kaedah dan modul pengajaran tilawah al-Quran bagi OKU Penglihatan di samping pengalaman dan usaha Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) dalam mengkaji keunikan yang terdapat dalam proses pengajaran asas tilawah al-Quran Braille pada modul-modul yang sedia ada ini. Dengan berasaskan metodologi kualitatif, dokumen-dokumen yang berkaitan dikumpul dan dianalisis secara deskriptif kemudian dibentangkan sebagai dapatan. Hasil daripada pemerhatian ke atas dokumen-dokumen ini, didapati bahawa terdapat keunikan yang perlu diterapkan pada kaedah yang digunakan bagi meraikan sensitiviti dan cara pembelajaran OKU Penglihatan membaca al-Quran, terutamanya pada sudut penerangan dan susunan bahan. Melalui maklumat yang diperolehi dari kajian ini, asas kaedah pembelajaran tilawah bagi OKU Penglihatan dapat dikenal pasti, seterusnya membawa kepada usaha pembangunan modul yang lebih komprehensif sebagai sumbangan yang terkini dalam bidang tilawah al-Quran khususnya bagi OKU Penglihatan.
Description
PAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021
“ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES”
6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H
Faculty of Quranic and Sunnah Studies
Universiti Sains Islam Malaysia
Keywords
Tilawah, Modul, al-Quran Braille, OKU penglihatan, UMMI