Publication: Konsep Asas Pembangunan Garis Panduan Pelaksanaan Ibadat bagi Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia
Loading...
Date
2022
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Penerbit USIM
Abstract
Islam tidak pernah memandang rendah permasalahan OKU, malahan sentiasa memberi galakan kepada umat Islam agar sentiasa mengambil berat tentang golongan ini. Islam turut memperuntukkan tanggungjawab dan hak tertentu terhadap OKU serta mengambil serius terhadap keperluan semasa bagi golongan OKU dalam hal berkaitan ibadat OKU. Bukan setakat itu, ia turut memberikan garis panduan tentang bagaimana mahu menguruskan hak dan tanggungjawab tersebut di samping menjaga maqasid syariah dari sudut lima daruriyat iaitu agama, jiwa, keturunan, akal dan harta. Di Malaysia, masih belum terdapat garis panduan khusus pelaksanaan ibadat bagi golongan OKU yang selari dengan Mazhab Syafi’i dan jumhur ulama’. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mencadangkan konsep asas garis panduan pelaksanaan ibadat OKU yang boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada pihak berautoriti di Malaysia. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat 3 pendekatan yang perlu diambil kira dalam pembangunan garis panduan pelaksanaan ibadat OKU iaitu konsep Fiqh al-Taysir, Bertaqlid mana-mana mazhab yang muktabar dan pengunaan kaedah Fiqh. Kajian ini diyakini akan menjadi rujukan dan panduan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pejabat Mufti, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam OKU dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Description
E-Proceeding SAIS 2022 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2022 : “Memimpin Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli” /Editor: Noorfajri Ismail (Head) , Latifah Abdul Latiff , Zalika Adam, Syamila Mansor, Dzulkhairi Mohd Rani, Ahmad Fadly Nurullah Rasedee, Azman Ab Rahman, Nur Aina Abdulah, Manal Jusoh, Syed Najihuddin Syed Hassan
1 December 2022 \ Venue: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM
Organized by Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (PKAUSIM), Faculty of Syariah and Law, USIM and the Institute of Fatwa and Halal (iFFAH)
Keywords
Oku, Ibadat, Garis Panduan