Options
Pembangunan Lestari dan Perinciannya Menggunakan Kod Jawi
Date Issued
2021-08-17
Author(s)
Syahril Mohamad
Noor Hafiz Kamaruddin
Hairi Osman
Nur Akma Basri
Mohd Shahfez Sulaiman
Abstract
Sejak tujuh belas (17) Matlamat Pembangunan Lestari dilancarkan pada tahun 2015 oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kesemua negara dunia perlu mengambil initiatif untuk mencapai pembangunan lestari dalam pelbagai bidang. Walaupun demikian di dapati banyak negara maju yang mungkin maju dari segi ekonominya dan penciptaan teknologi baru tetapi tidak seimbang dari aspek sosialnya. Oleh itu objektif kajian ini adalah untuk memahami apakah maksud sebenar yang terdapat pada perkataan ‘pembangunan lestari’ dengan menggunakan metodologi qualitatif dengan pendekatan analisa kandungan dan teknik aplikasi Kod Jawi. Kod jawi adalah satu sistem permaknaan Bahasa Melayu. Satu sistem yang terhasil dari kearifan lokal yang terdiri daripada huruf jawi yang mempunyai maksud secara piawai. Melalui penerapan Kod Jawi, karekter setiap perkataan dapat dibedah. Dengan menaplikasikan kod jawi pada perkataan 'pembangunan lestari' akan membolehkan setiap orang atau organisasi yang terlibat dalam pembangunan memahami dengan lebih baik ciri-ciri sebenar yang boleh dilaksanakan sehingga pembangunan lestari dapat dicapai dengan jayanya.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Pembangunan Lestari dan Perinciannya Menggunakan Kod Jawi .pdf
Size
193.16 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):05842cf1150e6c8cc78dc639ed709e87