Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Staff Publications
  3. Other Publications
  4. Fiqh Pandemik: Istintaj Hukum Dari Sejarah Penularan Hawar Al-Taun Dalam Islam Dan Hubungannya Dengan Maqasid Syariah
 
  • Details
Options

Fiqh Pandemik: Istintaj Hukum Dari Sejarah Penularan Hawar Al-Taun Dalam Islam Dan Hubungannya Dengan Maqasid Syariah

Journal
AL-MAQASID The International Journal of Maqasid Studies and Advanced Islamic Research
Date Issued
2020
Author(s)
Lukman Abdul Mutalib 
Universiti Sains Islam Malaysia 
Wan Abdul Fattah Wan Ismail 
Universiti Sains Islam Malaysia 
Ahmad Syukran Baharuddin 
Universiti Sains Islam Malaysia 
Abdul Manan Ismail 
Universiti Sains Islam Malaysia 
Mohd Soberi Awang
Setiyawan Gunardi
Siti Fatimah Salleh
Muhammad Hazim Ahmad
DOI
10.17605/OSF.IO/96X8J
Abstract
Dunia kini mengalami wabak pernafasan akibat Coronavirus 2019 (COVID-19) yang disebabkan oleh virus SARS-CoV-2. Pandemik bukanlah perkara baru dalam sejarah ketamadunan manusia, terutamanya sejarah awal Islam. Sumber sejarah Arab yang berkaitan dengan pandemik ini tertumpu dalam bentuk naratif dan kronologi yang dikhaskan untuk topik hawar al-ṭāʿūn. Naratif ini kemudiannya membentuk genre religio-legal, yang disebabkan oleh kemunculan semula malapetaka ini hingga akhir abad kesembilan belas. Kesusateraan Arab ini penting bukan hanya sebagai sumber kronologi hawar al-ṭāʿūn, ianya juga menjadi bukti keprihatinan berterusan para ulama Muslim dalam membahaskan hukum-hakam sama ada untuk setuju atau tidak dengan prinsip-prinsip agama yang berkaitan dengan sesuatu wabak atau pandemik. Melalui kajian ini, para penyelidik berusaha untuk mengenal pasti persamaan antara pandemik COVID-19 dan pengalaman umat Islam generasi sebelumnya, dan untuk mengekstrak beberapa maklumat penting yang dapat digunakan sebagai tindak balas umum dan praktikal terhadap pandemik tersebut. Kajian ini memfokuskan secara khusus pada generasi para sahabat Nabi dan peradaban Muslim terdahulu yang tercatat dalam buku-buku sejarah Islam yang terkenal. Kajian kualitatif ini telah menggunakan kaedah penyelidikan dokumentari untuk mengumpulkan data yang relevan dari dokumen terkemuka. Kemudian, data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan analisis kandungan kualitatif. Kajian ini menemui tujuh jenis wabak yang terkenal dalam sejarah Islam iaitu al-Ṭāʿūn Syīrawaih, al-Ṭāʿūn ʿAmwās, al-Ṭāʿūn al-Jārif, al-Ṭāʿūn al-Fatayāt, al-Ṭāʿūn Rajab, al-Ṭāʿūn di Kufah, dan al-Ṭāʿūn al-ʿĀm atau al-Kabīr. Istintaj dari sejarah di sebalik bencana ini menghasilkan enam langkah yang dilaksanakan oleh masyarakat Islam pada masa itu yang dapat digunakan sebagai tindak balas umum dan praktikal terhadap wabak tersebut. Enam langkah tersebut ialah perintah kawalan pergerakan, menjalankan syura secara kolektif dengan pelbagai pihak, perlaksanaan kuarantin, penjarakkan fizikal dan pengharaman perhimpunan besar-besaran, menziarahi mayat yang dijangkiti penyakit berjangkit, dan hawar al-ṭāʿūn dikategorikan maraḍ al-makhūf. Selain itu, keenam-enam tindakan ini dengan jelas mematuhi prinsip-prinsip Islam dan juga sejalan dengan kehendak Syariah yang lebih tinggi dalam menjaga kebajikan umat Islam dan mencegah mereka dari sebarang bahaya, terutama terhadap ancaman pandemik.
Subjects

Fiqh Pandemik, Hawar ...

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia