Options
Padanan Partikel Layta dalam Terjemahan Melayu bagi Novel Awlad Haratina Karya Naguib Mahfouz
Date Issued
2023
Author(s)
Nurhasma Muhamad Saad
Zulkipli Md. Isa
Haji Sulaiman Haji Ismail
Abstract
Terjemahan sesuatu karya sastera bahasa Arab ke bahasa Melayu bukanlah perkara yang mudah. Penterjemah menghadapi pelbagai kesukaran serta cabaran untuk menghasilkan terjemahan dalam bahasa sasaran yang bermutu tinggi setanding dengan karya asal dalam bahasa sumber. Salah satu isu penting dalam terjemahan ialah pemilihan padanan perkataan yang sesuai dan mampu difahami dalam bahasa sasaran. Novel Awlad Haratina merupakan salah satu karya Naguib Mahfouz, seorang sasterawan Arab moden yang terkemuka. Novel ini berkisar tentang masyarakat di Mesir. Bagaimanapun karya ini turut mengundang kontroversi khususnya dalam kalangan pembaca muslim. Tetapi tidak dapat dinafikan bahawa ia merupakan salah satu karyanya yang sarat dengan struktur bahasa yang menarik. Artikel ini cuba melihat aspek positif yang ada dalam novel tersebut. Antara keistimewaan struktur bahasa Arab yang ada dalam novel ini ialah penggunaan partikel layta serta fungsinya. Artikel ini berusaha menganalisis terjemahan berkaitan partikel layta dalam terjemahan Melayu bagi novel Awlad Haratina. Analisis terjemahan ini memanfaatkan
pengetahuan berkaitan dua kaedah terjemahan Vinay & Darbelnet iaitu ‘terjemahan langsung’ dan ‘terjemahan tidak langsung’. Didapati bahawa partikel layta serta struktur sintaksis berkaitannya, diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan beberapa bentuk terjemahan yang boleh dianggap bersesuaian dengan konteks dan mampu difahami oleh pembaca bahasa sasaran. Diharapkan kajian seperti ini dapat sedikit sebanyak menyumbang ke arah ketepatan terjemahan karya sastera Arab– Melayu.

Subjects
File(s)
Loading...
Name
Padanan Partikel Layta dalam Terjemahan Melayu bagi Novel Awlad Haratina Karya Naguib Mahfouz.pdf
Size
317.31 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):d6bb31e7cb1e2423de1769992ad2d7e9