Options
Kesalahan Jenayah Syariah Berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dalam Talian: Analisis Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
Date Issued
2023-03-17
Author(s)
Nur Al-Farhain Kamaruzaman
Nur Aina Abdulah
Mashitah Abdul Mutalib
Siti Syahirah Saffinee
Abstract
Mutakhir ini menyaksikan sebahagian golongan LGBT yang tidak segan silu mempamerkan budaya songsang di platform-platform dalam talian seperti di Instagram, facebook, twitter dan sebagainya. Selain itu, promosi terhadap budaya songsang ini dilakukan secara terang-terangan di media sosial. Justeru, objektif kertas kerja ini adalah bagi mengkaji dan menganalisis peruntukan di dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 berkaitan kesalahan LGBT dalam talian seterusnya mencadangkan penambahbaikan kepada peruntukan sedia ada di dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 bagi mendakwa kesalahan LGBT dalam talian. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan analisis dokumen bagi mengumpulkan data. Dapatan kajian mendapati terdapat peruntukan sedia ada yang boleh digunakan bagi mendakwa kesalahan LGBT yang dilakukan secara dalam talian. Walaubagaimanapun, peruntukan sedia ada ini mempunyai isu dari sudut substantif, keterangan dan tatacara yang memerlukan penambahbaikan.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Kesalahan Jenayah Syariah Berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dalam Talian Analisis Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.pdf
Size
399.28 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):b47ab494483683b6a9179c5e2cc26435