Publication: Kajian Metodologi Penulisan Tafsir Nur Ihsan
Loading...
Date
2019-10-08
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Selain daripada kitab-kitab tafsir yang muktabar seperti tafsir al-Tabari, Ibn Kathir, Tafsir fi Zilal al-Quran dan lain-lain, terdapat juga tafsir yang ditulis oleh para sarjana dan ilmuan di Malaysia, antaranya ialah Tafsir Nur Ihsan. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti metodologi penulisan kitab tersebut yang ditulis oleh Haji Muhammad Said Umar dengan cara meneliti bentuk atau kaedah penulisannya. Hasilnya ialah penulis mendapati bahawa penulisan kitab ini adalah dengan cara tafsir al-quran secara ijmali iaitu dengan ringkas dan menggunakan bahasa yang mudah di fahami. Metod ini mentafsirkan ayat satu persatu mengikut kronologi ayat setiap surah. Penulis juga mendapati bahawa kaedah penulisan kitab ini adalah mirip kepada penulisan kitab tafsir jalalain. Seterusnya kitab ini ditulis dengan menggunakan tulisan jawi lama. Seperti kitab-kitab yang menggunakan tulisan jawi lama, kebanyakannya tidak meletakkan tanda baca seperti koma dan titik dalam penulisan mereka. Walau bagaimana pun, pengarang meletakkan pemisah di antara dua surah dengan meletakkan nama surah dan bilangan ayat bagi setiap surah. Selain daripada itu, pengarang juga ada meletakkan tajuk umum bagi sesetengah ayat bagi memudahkan pembaca untuk mengetahui perbincangan yang berkaitan dengan ayat yang akan di baca seperti hukum faraid. Hasil kajian juga mendapati beberapa kitab tafsir yang ditulis secara lengkap 30 juzuk dan terdapat sebilangan kitab tafsir ditulis mengikut surah. Selain itu metode yang digunakan oleh kebanyakan pentafsir-pentafsir adalah menggabungkan tafsiran dari kitab-kitab tafsir bahasa Arab yang muktabar.
Description
THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2019/ EDITED BY : DR. NURULWAHIDAH FAUZI, DR. SAMER NAJEH ABDULLAH SAMARH, DR. MESBAHUL HOQUE ,DR. TAZUL ISLAM
“AL QURAN RAHMATAN LIL A’LAMIN: VISION AND CHALLENGES”
8th – 9th October 2019 / 9 – 10 Safar 1441H
Hosted By : Faculty Of Quranic And Sunnah Studies, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Keywords
Haji Muhammad Said Umar, Tafsir Nur Ihsan, Jawi, Jallalain