Publication:
Faedah Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Berteraskan Syariah MS 1900 Di Darul Quran, JAKIM

dc.contributor.authorMuhammad Firdaus Zakariaen_US
dc.contributor.authorSiti Arni Basiren_US
dc.contributor.authorOsman Md Rasipen_US
dc.date.accessioned2024-05-31T02:03:34Z
dc.date.available2024-05-31T02:03:34Z
dc.date.issued2019
dc.descriptionE-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2019 “Memartabatkan Turath Islami, Memacu Tamadun Multi Etnik”/ Penyunting : Mohd Azmir Mohd Nizah, Mashitah Sulaiman, Adibah Sulaiman @ Mohamad 19 Oktober 2019 (Pusat Pengajian Teras, USIM) Anjuran : Pusat Pengajian Teras Dengan Kerjasama: Pusat Wakaf dan Zakat, USIM dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuanen_US
dc.description.abstractSistem Pengurusan Kualiti Berteraskan Syariah MS 1900 bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan urus tadbir organisasi menerusi pematuhan kepada keperluan syariah (shariah compliance) dan penerapan nilai-nilai Islam dalam pengurusan kualiti organisasi. Semenjak dilancarkan pada tahun 2005, semakin banyak organisasi sama ada dari sektor awam atau korporat yang telah berjaya mendapatkan pensijilan kualiti MS 1900. Pelbagai manfaat yang diperolehi daripada pelaksanaan MS 1900 ini menjadikannya sebagai satu pendekatan berkesan dalam usaha meningkatkan kualiti pengurusan di sesebuah organisasi. Objektif kajian empirikal ini adalah untuk mengenalpasti faedah-faedah yang dicapai melalui pelaksanaan MS 1900 di institusi pengajian tinggi yang berstatuskan Islam iaitu Darul Quran, JAKIM. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui pendekatan kualitatif (kajian kes) dengan mengaplikasikan kaedah pengumpulan data secara triangulasi iaitu menerusi temu bual separa-berstruktur, dokumentasi serta pemerhatian. Seramai lapan orang warga kerja Darul Quran daripada pelbagai jawatan telah dipilih sebagai informan dalam kajian ini. Data-data pula telah dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik bagi membina kod-kod serta tema-tema berkenaan dengan isu yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan terdapat lima faedah yang telah diperolehi Darul Quran JAKIM apabila berjaya melaksanakan MS 1900 iaitu mewujudkan budaya kerja cemerlang, pengamalan nilai-nilai Islam, pengurusan yang sistematik, meningkatkan imej Darul Quran dan meningkatkan kualiti pelajar. Oleh kerana kajian berkaitan MS 1900 masih lagi kurang dijalankan, maka hasil kajian ini secara langsung telah menyumbang kepada pembangunan ilmu berkaitan pelaksanaan MS 1900 di institusi pengajian tinggi Islam. Hasil kajian ini boleh dijadikan sebagai pemangkin kepada para pengurus sama ada di sektor awam mahupun korporat dalam hasrat untuk mengaplikasikan Sistem Pengurusan Kualiti Berteraskan Syariah MS 1900 di organisasi masing-masing.en_US
dc.identifier.epage30
dc.identifier.isbn9789675852442
dc.identifier.spage21
dc.identifier.urihttp://ppt.usim.edu.my/wp-content/uploads/2019/11/eProsiding-i-STET-2019-latest.pdf
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18252
dc.language.isootheren_US
dc.publisherPusat Pengajian Teras, USIMen_US
dc.relation.conferenceE-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2019en_US
dc.subjectMS 1900, Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah, Institusi Pengajian Tinggi Islam, Faedahen_US
dc.titleFaedah Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Berteraskan Syariah MS 1900 Di Darul Quran, JAKIMen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Faedah Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Berteraskan Syariah MS 1900 Di Darul Quran, JAKIM.pdf
Size:
394.91 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description:

Collections