Publication:
Aplikasi Kaedah Fiqh Lā Yunkar Taghayyur Al-Aḥkām Bi Taghayyur Al-Azmān: Analisis Garis Panduan Tatacara Pengurusan Jenazah Orang Islam Yang Dijangkiti Covid-19

dc.contributor.authorAhmad Tarmizi Mahmud
dc.contributor.authorIrwan Mohd Subri
dc.contributor.authorMohd Nasir Abdul Majid
dc.date.accessioned2024-06-11T07:30:59Z
dc.date.available2024-06-11T07:30:59Z
dc.date.issued2024-04-01
dc.descriptionUlum Islamiyyah: Malaysian Journal of Islamic Sciences Volume 36 Issue 1 Page (34-45)
dc.description.abstractKaedah-kaedah fiqh ialah prinsip fiqh umum yang dipraktiskan dalam kebanyakan permasalahan untuk mengetahui hukum mengenainya. Ia merupakan salah satu komponen penting dan asas sandaran ketika ijtihād dalam mengeluarkan fatwā. Kaedah Lā Yunkar Taghayyur Al-Aḥkām Bi Taghayyur Al-Azmān pula salah satu daripada kaedah fiqh yang merupakan pendekatan yang mengambilkira perubahan masa bagi pembinaan sesuatu hukum. Ia merupakan kaedah yang berkait rapat dengan uruf dan adat yang menjadi salah daripada sumber hukum dalam Islam. Apabila sesuatu hukum dibina melaluinya maka ia akan berubah mengikut peredaran masa, tempat dan keadaan. Mutakhir ini, berlaku penurunan yang sangat ketara kes jangkitan virus COVID-19 dalam kalangan masyarakat sekaligus mencatatkan penurunan kes kematian di seluruh negara. Situasi ini turut memberi kesan kepada peraturan semasa yang diberi kelonggaran begitu juga dalam kaedah pengurusan jenazah yang dijangkiti COVID-19. Oleh itu, kajian ini dikemukakan bagi menganalisis elemen-elemen perubahan dalam Garis Panduan Tatacara Pengurusan Jenazah Orang Islam Yang Dijangkiti COVID-19 tahun 2020 dan 2022 ekoran perubahan keadaan penularan virus tersebut di negara ini. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan metodologi analisis dokumen yang merangkumi kitab-kitab klasik dan kontemporari kaedah fiqh, artikel penyelidikan dan garis panduan tersebut. Temubual separa berstruktur dan penelitian komparatif terhadap garis panduan tersebut telah dilakukan bagi mengenalpasti prosedur yang dipinda. Hasil kajian mendapati beberapa prosedur dalam garis panduan pengurusan jenazah COVID-19 telah dipinda selaras dengan perubahan semasa. Perubahan kaedah pengurusan jenazah ini dilihat lebih hampir menyamai kaedah pengurusan jenazah biasa namun masih lagi terdapat beberapa prosedur lain yang perlu dipatuhi
dc.identifier.citationAhmad Tarmizi Mahmud, Irwan Mohd Subri, Mohd Nasir Abdul Majid (2024). Aplikasi Kaedah Fiqh Lā Yunkar Taghayyur Al-Aḥkām Bi Taghayyur Al-Azmān: Analisis Garis Panduan Tatacara Pengurusan Jenazah Orang Islam Yang Dijangkiti Covid-19: [The Application Of Islamic Legal Maxim Of The Lā Yunkar Taghayyur Al-Aḥkām Bi Taghayyur Al-Azmān: An Analysis Of Changes In The Guideline Of Management Of The Muslim Bodies Infected With Covid-19]. Ulum Islamiyyah, 36(01), 35–45. https://doi.org/10.33102/uij.vol36no01.537
dc.identifier.doi10.33102/uij.vol36no01.537
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/19097
dc.language.isoms
dc.publisherUniversiti Sains Islam Malaysia
dc.relation.ispartofUlum Islamiyyah
dc.relation.issn2289-4799
dc.subjectAplikasi
dc.subjectAnalisis
dc.subjectGaris panduan
dc.subjectCOVID-19
dc.titleAplikasi Kaedah Fiqh Lā Yunkar Taghayyur Al-Aḥkām Bi Taghayyur Al-Azmān: Analisis Garis Panduan Tatacara Pengurusan Jenazah Orang Islam Yang Dijangkiti Covid-19
dc.title.alternativeThe Application Of Islamic Legal Maxim Of The Lā Yunkar Taghayyur Al-Aḥkām Bi Taghayyur Al-Azmān: An Analysis Of Changes In The Guideline Of Management Of The Muslim Bodies Infected With Covid-19
dc.typejournal-article
dspace.entity.typePublication
oaire.citation.endPage45
oaire.citation.issue01
oaire.citation.startPage34
oaire.citation.volume36

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Aplikasi Kaedah Fiqh Lā Yunkar Taghayyur Al-Aḥkām Bi Taghayyur Al-Azmān Analisis Garis Panduan Tatacara Pengurusan Jenazah Orang Islam Yang Dijangkiti Covid-19 (2).pdf
Size:
400.25 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed to upon submission
Description: