Options
Syeikh Muhammad Khatib Langgien dan Karyanya Dawa’ Al-Qulub: Analisis Kandungan dan Sumber Penulisan
Date Issued
2025
Abstract
Ilmu merupakan asas penting yang wajib dikuasai umat Islam dan telah menjadi teras pendidikan sejak zaman Nabi SAW sehingga kini. Perkembangan pendidikan Islam mendorong lahirnya pelbagai karya yang membincangkan falsafah serta amalan pendidikan, termasuk di Alam Melayu. Antara tokoh yang menyumbang dalam bidang ini ialah Syeikh MuhammadKhatib Langgien, seorang ulama abad ke-19 yang terkenal dalam disiplin tasawuf dan tarekat. Salah satu karyanya ialah Dawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūb. Walaupun dianggap penting, maklumat mengenai latar belakang penulis serta kepengarangan kitab ini masih terbatas. Selain edisi cetakan lithograf, manuskrip asal kitab ini masih wujud dan boleh dijadikan rujukan. Justeru, kajian ini bertujuan meneliti kandungan karya tersebut melalui kaedah analisis kandungan, dengan memberi perhatian khusus kepada sumber penulisan yang digunakan. Analisis dilakukan bagi mengenal pasti kedudukan karya ini, sama ada bersifat asli, terjemahan, saduran, ataupun ringkasan daripada karya lain. Selain itu, aspek nukilan turut dikaji, khususnya penggunaan ayat al-Quran, hadis, serta petikan sarjana terdahulu. Dapatan kajian diharap dapat menjelaskan autoriti dan kedudukan karya Dawā’ al- Qulūb min al-‘Uyūb dalam tradisi penulisan Islam di Alam Melayu, seterusnya menambah pengiktirafan terhadap sumbangan Syeikh MuhammadKhatib Langgien bersama karya-karya segenre yang lain.
File(s)
Loading...
Name
Syeikh Muhammad Khatib Langgien dan Karyanya Dawa’ Al-Qulub.pdf
Size
406.16 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):abb22db8e7cc200a50fb891c908477cf