Publication:
Kontrak Pintar Dalam Transaksi Kutipan Zakat Melalui Pembangunan Sistem Demo Backend Platform Blockchain Di MAIWP-PPZ

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Blockchain ialah rekod transaksi digital berdasarkan strukturnya pangkalan data bagi setiap data individu atau transaksi dihubungkan melalui blok di bawah rangkaian yang dibentuk. Potensi penggunaan sistem blockchain dalam sektor kewangan sosial Islam, sebagai contohnya, zakat belum diterokai sepenuhnya dan ianya boleh dijadikan agenda di peringkat nasional dan antarabangsa. Hasilnya, penulisan ini adalah bertujuan untuk merancang dan mengembangkan kontrak pintar pada teknologi hyperlejar zakat yang diedarkan dengan menggunakan platform Blockchain untuk menghasilkan kecekapan dan produktiviti yang lebih tinggi serta menjimatkan kos yang berkaitan. Bagi memenuhi tujuan ini, kaedah pembangunan sistem yang dinamakan “Waterfall Model” telah diadaptasikan di dalam pembinaan sistem “demo backend” blockchain pungutan telah melalui 4 peringkat iaitu proses temu bual dan analisa carta alir berkaitan Manual Prosedur Operasi (SOP) kutipan zakat di PPZ-MAIWP. Dari peringkat ini, Spesifikasi Keperluan Reka Bentuk “Design Requirement Specification” (DRS) dihasilkan. DRS mesti dikaji dan dipersetujui oleh semua pihak yang berkepentingan pembangunan teknologi ini. Hasilnya, kajian ini telah berjaya menghasilkan satu sistem “demo backend” Blockchain zakat yang mampu mengesan transaksi di dalam aktiviti zakat yang di mana ianya diyakini mampu meningkatkan keyakinan yang lebih tinggi di kalangan pembayar zakat dan akhirnya mampu meningkatkan jumlah kutipan zakat di PPZ-MAIWP. PPZ-MAIWP akan mendapat keuntungan dari sistem “demo backend” platform Blockchain yang dibangunkan kerana ianya menawarkan transaksi yang cepat, fleksibel dan sangat berskala besar.

Description

Vol.3 No.1 (2022)

Keywords

Blockchain, FinTech, Kontrak Pintar;, Kewangan Islam;, Zakat

Citation

Khairi, K. F. ., Ahmad, A. ., Laili, N. H. ., Sabri, H. ., & Shaari, R. . (2022). Kontrak Pintar Dalam Transaksi Kutipan Zakat Melalui Pembangunan Sistem Demo Backend Platform Blockchain Di MAIWP-PPZ. AZKA International Journal of Zakat & Social Finance, 3(1), 103-124. https://doi.org/10.51377/azjaf.vol3no1.96