Options
Analisis Perbandingan Fatwa Malaysia dan Indonesia: Kajian Terhadap Isu-Isu Halal yang Terpilih
Journal
Journal of Fatwa Management and Research
Date Issued
2018
Author(s)
Pauzi, N.
Man, S.
Syed Jaafar, S. M. J.
Abstract
Dalam penentuan hukum Islam, terdapat dua prinsip utama yang digunakan iaitu ‘al-thabit’ dan ‘al-mutaghayyir’. Dengan adanya prinsip ‘al-thabit’ dan ‘al-mutaghayyir’ membuktikan Islam sesuai dipraktikkan pada setiap masa dan keadaan kerana Islam menerima sebarang perubahan atau perbezaan yang berlaku dalam masyarakat selagi mana ia tidak melanggar prinsip-prinsip asas Islam. Perbezaan keputusan fatwa yang dikeluarkan di antara Malaysia dan Indonesia telah menimbulkan polemik dalam kalangan masyarakat Islam. Justeru, artikel ini akan menganalisis secara perbandingan fatwa yang telah diputuskan di antara Malaysia dan Indonesia terhadap beberapa isu halal yang terpilih. Metode dokumentasi dan metode temu bual telah digunakan untuk mendapatkan data-data yang sahih dan berautoriti. Dapatan kajian menunjukkan Malaysia masih terikat dengan pengamalan Mazhab Syafii dalam penentuan hukum terhadap produk halal. Berbeda dengan Indonesia yang terbuka dalam menerima pandangan selain Mazhab Shafii dalam menentukan hukum disamping pengambilan uruf dan maslahah yang berbeza di kedua-dua buah negara ini.
File(s)
Loading...
Name
Jurnal of Fatwa and Management Research_JURNAL_Vol.13_Analisis perbandingan fatwa Malaysia dan Indonesia_Kajian terhadap isu isu halal yang terpilih.pdf
Size
632.88 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):606a1255099f6c6701235e076df03ee4