Options
Kaedah Hafalan Al Quran: Kajian di Tahfiz Al Quran Darul Tuba
Date Issued
2024
Author(s)
Nur Nabila Binti Nasron
Nurqamarina Binti Ismail
Nurul Syahida Binti Hasnu
Abstract
Kajian ini merupakan satu tinjauan khusus mengenai kaedah hafalan al-Quran Sistem Turki yang dipraktikkan oleh pelajar-pelajar Tahfiz al-Quran Darul Tuba (TADT), Tangkak, Johor Darul Takzim. Pendekatan ini melibatkan analisis terhadap teknik-teknik hafalanyang diterapkan, penggunaan bahan bantu, serta keberkesanan kaedah yang digunakan dalam proses penghafalan al-Quran di institusi tersebut. Sampel kajian melibatkan pelajar-pelajar tahfiz dalam populasi Darul Tuba. Metodologi penyelidikan ini melibatkan pengumpulan data melalui pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumentasi berkaitan kaedah hafalan yang diterapkan. Data yang dikumpulkan dianalisis secara sistematik untuk menggambarkan keberkesanan kaedah hafalan tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah hafalan al-Quran di Tahfiz Al-Quran Darul Tuba melibatkan pendekatan holistik yang merangkumi aspek teknik pengulangan, penggunaan bahan bantu seperti murajaah, dan pembimbingan oleh guru. Keberkesanan kaedah ini juga diperkuat dengan penghayatan danpemahaman kontekstual terhadap ayat-ayat al-Quran. Kajian ini memberikan wawasan mendalam ke dalam kaedah hafalan al-Quran di Tahfiz Al-Quran Darul Tuba, memberikan sumbangan penting kepada literatur pengajaran dan pembelajaran al-Quran, serta memberikan panduan praktikal bagi institusi-institusi serupa yang ingin meningkatkan kaedah hafalan al-Quran.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Kaedah Hafalan Al Quran Kajian di Tahfiz Al Quran Darul Tuba.pdf
Size
583.76 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):94e05911edcf9d7dd30df12898a77fc6