Publication:
Pemahaman Hadith Dalam Kalangan Masyarakat Di Malaysia: Kajian Dalam Media Sosial Di Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Sunnah Nabawiyah atau hadith adalah sumber rujukan kedua yang utama dalam Islam. Sumber berkenaan telah dinyatakan melalui al-Quran dan hadith malah sarjana Muslim juga turut bersepakat bahawa hadis Nabi berkenaan memainkan peranan penting dalam proses penetapan sesuatu hukum. Peranannya adalah sebagaimana penggunaan al-Quran dalam penentuan hukum hakam dan syariat Islam. Oleh itu, penulisan kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti serta mengupas isu-isu salah faham hadith yang mengelirukan masyarakat di Malaysia. Penulis cuba meneliti dan menganalisis isu-isu tersebut melalui media sosial seperti artikel, laporan akhbar Malaysia dan lain-lain yang berkaitan isu isu salah faham hadith di Malaysia. Antara sebab berlakunya kekeliruan dan salah faham masyarakat terhadap hadith ialah dengan berkembangnya teknologi, masyarakat mendapat dan mentafsir maklumat mengenai hadith tanpa merujuk ahli agama, menggunakan logik akal dalam penafsiran hadis, memahami hadis tanpa mengambil kira maqasid, salah faham terhadap pendekatan kontekstual dan lain-lain. Hasil dari penulisan ini diharap dapat membantu penyelidik khususnya serta umat Islam amnya dalam memahami hadith-hadith Rasulullah saw. Juga disarankan agar merujuk kepada kitab-kitab atau sumber hadith yang muktabar serta para rujukan dari kalangan ulama dan juga dapat menyedarkan masyarakat serta membantu mereka dalam memahami hadith-hadith Rasulullah saw dan intipati kandungannya untuk diamalkan dengan cara yang betul.

Description

Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 Paper No. BM017 358 - 368

Keywords

Salah faham,, Kontekstual,, Media Sosial,, Maqasid.

Citation

Collections