Options
Pendekatan Menangani Rasuah Menurut Maqasid Syariah
Journal
AL-QANATIR: International Journal of Islamic Studies
Date Issued
2022
Author(s)
Azman Ab Rahman
Nur Wahida Lokman
Lutfi Mohamed Zain
Setiyawan Gunardi
Abstract
Gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam mahupun swasta sering menjadi isu polemik yang sangat hangat diperkatakan sehingga merosakkan imej negara di mata dunia. Menurut laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), statistik jumlah tangkapan dari tahun 2014 hingga 2021 berlaku kenaikan mendadak sehingga 205 peratus iaitu bersamaan dengan 552 kes kepada 1125 kes. Bahkan Malaysia telah mencatatkan kehilangan hampir RM 1.8 Trillion disebabkan kegiatan amalan rasuah. Pelbagai langkah dan inisiatif bagi mencegah kegiatan rasuah di Malaysia telah diambil oleh pihak kerajaan namun laporan terhadap kegiatan rasuah terus menerus menaik tanpa menunjukkan sebarang tanda penurunan. Usaha ini perlu dikaji semula berdasarkan kerangka syariah supaya penambahbaikan dapat dilakukan seterusnya mampu mengurangkan permasalahan berkaitan rasuah. Justeru, artikel ini bertujuan untuk membincangkan konsep rasuah menurut Islam dan mengkaji pendekatan menanganinya berdasarkan maqasid syariah. Kajian kualitatif ini menggunakaan kaedah dokumentasi dan pemerhatian dalam proses pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa rasuah merupakan satu perbuatan yang dilarang dalam agama Islam. Pendekatan menangani rasuah berdasarkan maqasid syariah dalam konteks hifz Al-nafs boleh dilaksanakan dengan menerapkan konsep thahirun nafs, memastikan hasil pekerjaan daripada sumber halal dan mengamalkan etika kerja yang baik. Manakala dalam konteks hifz Al-mal ia boleh dilaksanakan dengan menerapkan sifat adil dalam pengurusan, mengemaskini urus tadbir dengan amanah dan merangka hukuman ta’azir bagi pesalah rasuah. Diharapkan kajian ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada pihak yang berwajib bagi membendung jenayah rasuah dalam konteks Islam untuk menjamin masyarakat dan individu berjawatan bebas daripada gejala rasuah. Kajian lanjutan berkaitan dengan faktor orang muslim melakukan jenayah rasuah juga boleh dilaksanakan pada masa akan datang agar pendekatan yang dicadangkan boleh diterapkan dalam menangani rasuah di Malaysia.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
An Approach Indealing with Corruption According to Maqasid Syariah.pdf
Size
964.71 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):a00715549794d20e43fd6cda772762a8