Options
Keperluan Graduan Syariah Di Malaysia Memahami Konsep Dan Metodologi Pengajian Syariah Sebenar Dalam Menyelesaikan Isu Serta Permasalahan Semasa
Date Issued
2020-11-18
Author(s)
Setiyawan Gunard
Norman Zakiyy Chow Jen T’ Chiang
Baidar Mohammed Mohammed Hasan
Abstract
Sejarah dunia telah meperlihatkan bahawa di zaman keunggulan tamadun Islam, umat Islam telah mengamalkan budaya ilmu yang cukup hebat sehingga menjadi rujukan masyarakat dunia. Walau bagaimanapun, kegemilangan ini menjadi pudar berpunca daripada sikap umat Islam sendiri yang meninggalkan ajaran Islam dan hanya menerima pakai amalan taqlid semata-mata menggantikan amalan ijtihad. Hasilnya umat Islam menjadi semakin ketinggalan dan banyak permasalahan baharu berlaku dan tidak dapat diselesaikan. Menyedari perkara ini, di Malaysia, pihak kerajaan telah melakukan beberapa reformasi drastik terhadap sistem pengajian syariah itu sendiri baik dari segi kurikulum mahupun pendekatan yang digunakan. Hasilnya banyak institusi-institusi pengajian tinggi awam yang menawarkan program-program pengajian syariah telah ditubuhkan sebagai hasil langkah proaktif golongan intelektual Islam dan kerajaan di dalam menangani kehendak dan keperluan semasa. Namun demikian, graduangraduan yang dilahirkan kebanyakkannya lebih bersifat taqlidi dan masih tidak mampu untuk menangani ledakan permasalahan semasa yang melanda umat Islam. Sesetengah hukum yang diberikan pula kelihatan tidak holistik dan mengikuti metodologi sepatutnya sebagaimana yang diajarkan oleh Islam. Oleh yang demikian, kertas kerja yang menggunakan kaedah kualitatif ini akan membincangkan tentang apakah asas dan metodologi yang sepatutnya dikuasai dan dipegang oleh setiap graduan syariah bagi membolehkan mereka menyelesaikan dan mendepani permasalahan semasa. Kajian mendapati bahawa Islam sebenarnya telah menggariskan asas dan metodologi yang jelas sebagai panduan kepada mereka yang ingin memberikan sebarang hukum dalam usaha menyelesaikan sebarang isu dan permasalahan semasa yang dihadapi oleh umat Islam.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Keperluan Graduan Syariah Di Malaysia Memahami Konsep Dan Metodologi Pengajian Syariah Sebenar Dalam Menyelesaikan Isu Serta Permasalahan Semasa.pdf
Size
289.95 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):14ae63cafbb43e1a007bd893c2089d53