Publication:
Tafsir Tematik Konsep Isrāf dalam Pengambilan Makanan menurut Perspektif Al-Quran

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Manusia memerlukan makanan bagi memastikan kelangsungan hidup di dunia. Bagi tujuan ituAllah SWT mengurniakan pelbagai sumber makanan untukmanusia sepertibuah-buahan, bijirin, sayuran dan tumbuhan, binatang ternakan dan hasil lautan. Pun begitu, sumber makanan ini tidak boleh digunakan secara berlebih-lebihan atau isrāfkerana ia bercanggahan dari lunas pengajaran al-Quran dan sunah Rasulullah saw. Namun, apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini adalah sebaliknya. Terdapat peningkatan statistik pesakityang menghidapi penyakit genetik disebabkan sikap isrāf dalam pengambilan makanan. Hal ini amat bertentangan dengan ajaran Islam yang menyeruumatnya ke arah kesederhanaan, khususnyadalam pengambilan makanan sertalarangan ke arah pembaziran. Justeru, artikelini bertujuan mengkaji dan menganalisis konsep isrāf dalam pengambilan makanan menurut perspektif al-Quran dengan menggunakan pendekatan tafsir tematik. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi analisis kandungan teks al-Quran dan kitab tafsir berkaitan konsep isrāf dalam pengambilan makanan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa isrāf dalam pengambilan makanan merujuk kepadatujuhtema utamayang merujuk kepada aspek perintah dan larangan tertentu dalam pengambilan makanan berdasarkan al-Quran.Kesimpulannya, artikel inimembantu masyarakat memahami konsep isrāf dalam pengambilanmakananmengikut fitrah yang telah ditetapkan Allah swt. Ia juga dilihat dapat mendidik masyarakat dalam mengurangkan masalah kesihatan berpunca daripada amalan isrāf, sekaligus mampu mengubah genetik seseorang ke arah yang lebih baik dari satu generasi kepada generasi akan datang. Ini kerana kesihatan adalah wasilah bagi manusia menjalankan peranannya sebagai khalifah dan ‘abid(hamba)Allah dengan sempurna di atas muka bumi ini.

Description

Vol. 10 No. 2

Keywords

srāf , pemakanan, kesihatan, nutrigenomik, al -Quran

Citation

Mohd, R. A., Mohd Ghazali, N., Fauzi, N., Muhammad Yusuff, M. F., & Mohammad Zaini, N. S. (2023). Tafsir Tematik Konsep Isrāf Dalam Pengambilan Makanan Menurut Perspektif Al-Quran (Thematic Interpretation Of The Concept Of Excess (Isrāf) In Eating Behaviour Based On Qur’anic Perspective). UMRAN - International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 10(2), 27–36. https://doi.org/10.11113/umran2023.10n2.609