Publication:
Jenayah Menggugat Kelestarian Wanita

dc.contributor.authorAsbah binti Razalien_US
dc.contributor.authorSiti Nor Azhani binti Mohd Toharen_US
dc.contributor.authorFauziah binti Anien_US
dc.date.accessioned2024-05-28T03:53:58Z
dc.date.available2024-05-28T03:53:58Z
dc.date.issued2018
dc.descriptionProsiding PersidanganAntarabangsaKelestarian Insan 2017(INSAN2017) Ayer Keroh, Malacca, Malaysia, 1–2November2017en_US
dc.description.abstractIsu jenayah dan wanita dilihat semakin meningkat. Kes-kes jenayah yang melibatkan wanita menjadi mangsa utama termasuklah kes cabul, rogol, ragut, keganasan rumah tangga, pembunuhan, penderaan dan masalah pemerdagangan manusia contohnya wanita dijadikan sebagai keldai dadah dan terlibat dalam aktiviti pelacuran. Hal ini amat membimbangkan kerana kelemahan wanita telah menjadikan mereka sebagai sasaran sama ada dalam bentuk keganasan ataupun mangsa eksploitasi semata-mata untuk mengaut keuntungan daripada pihak tertentu. Terdapat kes jenayah terhadap wanita yang dilaporkan menunjukkan adanya mangsa yang meninggal dunia akibat daripada jenayah yang semakin berleluasa. Hal ini bermakna kes jenayah terhadap wanita pada masa ini bukan hanya mengakibatkan kecederaan fizikal dan mental kepada mangsa tetapi juga boleh mengakibatkan kematian. Lebih dikesali, kebanyakan kes jenayah tersebut dilakukan oleh individu yang dikenali dan merupakan orang yang dipercayai dalam kehidupan wanita. Kurangnya pendedahan kepada masyarakat mengenai kes-kes jenayah yang melibatkan wanita sebagai mangsa menyebabkan jenayah terhadap wanita dipandang remeh dan tidak serius walhal peningkatan jenayah terhadap wanita meningkat tahun demi tahun. Hal ini mengundang persoalan apakah bentuk perlindungan terutamanya dari segi undang-undang yang telah disediakan oleh pihak kerajaan Malaysia kepada kaum wanita untuk membela nasib kaum wanita. Justeru itu, kertas kerja ini akan membincangkan mengenai isu jenayah dan wanita serta perlindungan dan undang-undang yang sedia ada di Malaysia untuk menangani jenayah terhadap kaum wanita.en_US
dc.identifier.epage14
dc.identifier.issn2710-5962
dc.identifier.issueSpecial Edition
dc.identifier.spage1
dc.identifier.urihttps://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1134/391
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/5209
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Tun Hussein Onn Malaysiaen_US
dc.relation.ispartofHuman Sustainability Procediaen_US
dc.subjectJenayah; Wanita; Kelestarian; Kecederaan Fizikal dan Mentalen_US
dc.titleJenayah Menggugat Kelestarian Wanitaen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Jenayah Menggugat Kelestarian Wanita.pdf
Size:
139.44 KB
Format:
Adobe Portable Document Format