Publication: Sejarah Penyusunan dan Pembukuan Al-Fatawa Al-Hindiyyah
dc.contributor.author | Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-05-31T02:07:00Z | |
dc.date.available | 2024-05-31T02:07:00Z | |
dc.date.issued | 2022 | |
dc.description | E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2022 “Melestari Turath, Memartabat Falsafah, Memacu Peradaban”/ editor : Anita Ismail, Farah Laili Muda @ Ismail, Mashitah Sulaiman 19 Oktober 2022 (Secara Dalam Talian) Anjuran : Pusat Pengajian Teras Malaysia (USIM) Dengan Kerjasama :Institut Sains Islam (ISI), USIM, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei dan Universiti Islam Negeri (UIN), Sunan Kalijaga, Yokyakarta Indonesia | en_US |
dc.description.abstract | AL-Fatawa al-Hindiyyah merupakan suatu dokumen penting dalam sejarah amalan perundangan Islam di India era Mughal, khususnya dalam mazhab Hanafi. Projek penyusunan dan pembukuan al-Fatawa al-Hindiyyah yang dicetuskan sendiri oleh pemerintah Mughal, Awrangzib (1658-1707) disifatkan sebagai legasi terbaiknya yang tidak mampu ditandingi oleh mana-mana pemerintah Mughal. Sehubungan itu, kajian meneliti sejarah penyusunan dan pembukuan al-Fatawa al-Hindiyyah serta meneroka motif di sebalik kemunculan dokumen berkenaan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, khususnya kajian sejarah (historical study) dan analisis kandungan (content analysis) terhadap sumber primer dan sekunder dalam mengumpul dan menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan al-Fatawa al-Hindiyyah ini merupakan idea Awrangzib sendiri dan disusun oleh sekumpulan ulama’ yang dilantik oleh Kerajaan Mughal. Penyusunan dan pembukuannya dilakukan bagi menyegaramkan amalan perundangan berdasarkan rujukan undang-undang yang berautoriti. Selain itu, al-Fatawa al-Hindiyyah ini disifatkan sebagai manifestasi Islamisasi dalam tadbir urus Mughal yang digagaskan oleh Awrangzib sekaligus mengangkat peranan ulama dalam kerajaan. Al-Fatawa al-Hindiyyah ini bukan sahaja berjaya menjadi penyelesaian kepada ketidakseragaman fatwa di India ketika era Mughal bahkan turut menjadi rujukan kepada beberapa kes perundangan Islam di India dan negara-negara Islam lain selepas era Mughal. | en_US |
dc.identifier.epage | 502 | |
dc.identifier.isbn | e-ISBN : 9789670001746 | |
dc.identifier.spage | 493 | |
dc.identifier.uri | https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18321 | |
dc.language.iso | other | en_US |
dc.publisher | Penerbit USIM | en_US |
dc.relation.conference | E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2022 | en_US |
dc.subject | Al-Fatawa al-Hindiyyah, Kerajaan Mughal, Awrangzib, Fiqh Hanafi, Sejarah Perundangan Islam | en_US |
dc.title | Sejarah Penyusunan dan Pembukuan Al-Fatawa Al-Hindiyyah | en_US |
dc.type | Article | en_US |
dspace.entity.type | Publication |