Options
Memasyarakatkan Ilmu Merintis Kampus Barakah: Pengalaman Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)
Journal
AL-ABQARI: Journal of Islamic Social Sciences and Humanities
Date Issued
2019
Author(s)
Haji Mumin, N.H.
Shamsu, L.S.
Abstract
UNISSA ditubuhkan dengan dasar program-program yang ditawarkan adalah berteraskan pengajian agama Islam tulen. Program yang dimaksudkan meliputi program-program akademik dan program non-akademik. Kertas ini berhasrat untuk mengongsikan pengalaman UNISSA yang tegar berusaha mengangkat dan melestarikan elemen-elemen pendidikan Islam dalam pengajian, sekali gus mengupayakannya untuk sampai kepada masyarakat umum. Kajian ini akan meneliti kurikulum dan ko-kurikulum yang disediakan oleh UNISSA di mana ia tidak hanya menyasarkan kecemerlangan akademik tetapi pembinaan jati diri pelajar sebagai pemimpin ummah masa depan. Di samping itu, kertas juga akan menelusuri kegiatan-kegiatan yang signifikan dalam berbagai tema namun memiliki matlamat yang satu iaitu berbakti kepada ummah. Penerapan sahsiah yang unggul dan jitu ini merupakan pelaburan masa depan untuk kelangsungan budaya sukarela dalam kalangan lulusan UNISSA. Kertaskerja ini akan menggunakan metodologi deskriptif dan naratif yang dihuraikan dalam bentuk kritis dengan menumpukan perincian kepada beberapa kegiatan yang signifikan. Perbincangan mengenai elemen-elemen tertentu ini akan dilakukan untuk meninjau kapasiti UNISSA dalam merintis kampus barakah. Hasil kajian pula akan menjelaskan bahawa upaya dan ikhtiar memasyarakatkan ilmu agama tanpa dibatasi tembok kampus adalah ciri-ciri yang akan mengundang barakah kepada UNISSA.
File(s)
Loading...
Name
MEMASY~1.PDF
Size
405.75 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):b799c674554881ca30fca5e8e9b530c3