Publication: Issues In The Implementation Of Industrial Sertu In Malaysia
Loading...
Date
2024
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Usuli Faqih Research Centre PLT
Abstract
Perkembangan industri halal sama ada di peringkat domestik dan global telah secara tidak langsung memacu permintaan terhadap perkhidmatan sertu. Bagi memastikan supaya proses perlaksanaan sertu adalah seragam dan terpandu, maka Jabatan Kemajuan Islam Malaysia [JAKIM] telah mengambil inisiatif memperkenalkan garis panduan sertu sebagai rujukan kepada industri. Namun demikian, jika dilihat kepada realiti amalan sertu oleh syarikat penyedia perkhidmatan sertu, masih ada kekurangan seperti isu ketidakpatuhan terhadap garis panduan yang telah ditetapkan. Artikel ini bertujuan menganalisis isu-isu yang timbul dalam perlaksanaan sertu industri di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, menerusi kaedah pengumpulan data secara analisi dokumen, pemerhatian dan temu bual separa berstruktur ke atas lima entiti yang terlibat secara langsung dalam perkhidmatan sertu merangkumi syarikat operator sertu dan jabatan agama. Hasil kajian dirumuskan dalam tujuh kategori isu iaitu isu pematuhan garis panduan dan fatwa, kefahaman dan pengetahuan, peralatan moden sertu, bahan sertu, penambahan amalan agama, pengurusan garis panduan, dan kepercayaan industri terhadap kompetensi Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam perlaksanaan sertu. Kajian ini mencadangkan supaya aspek pemantauan sertu diperkemaskan di peringkat JAKIM dan JAIN bagi memastikan agar industri sertu berkembang maju serta mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.
Description
Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, Volume 33 Issue 2 Page (28–41)
Keywords
Isu, Sertu, Industri, Halal, Garis Panduan
Citation
Mohd Mahyeddin Mohd Salleh, Mustafa Afifi Abdul Halim, Sumaiyah Abd Aziz & Hasdhatul NorAliah Md Said (2024). Issues In The Implementation Of Industrial Sertu In Malaysia: Isu-Isu Dalam Perlaksanaan Sertu Industri Di Malaysia. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 33(2), 28–41. Retrieved from https://al-qanatir.com/aq/article/view/651