Publication:
Nilai Spiritual Dalam Puisi Imam Shafie

Loading...
Thumbnail Image

Date

2014

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Universiti Kebangsaan Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti nilai-nilai akhlak khususnya aspek spiritual yang terdapat dalam puisi Imam Shafi’i, salah seorang ulama dan pendakwah yang masyhur pada kurun kedua hijrah. Kesarjanaan beliau meliputi bidang fiqah dan bahasa Arab. Meskipun begitu masyarakat lebih mengenali beliau selaku seorang faqih berbanding pemuisi. Justeru, puisi beliau harus diketengahkan sebagai satu bentuk kajian kerana kebolehan beliau mengintegrasikan antara nilai Islam dan sastera. Sebahagian besar isi kandungan puisi beliau soal moral, nasihat dan keadaan masyarakatnya pada zaman tersebut. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan menjadikan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Pengumpulan data dilakukan terhadap puisi-puisi dalam antologi puisi Imam Shafi’i yang berkaitan akhlak seterusnya melakukan data-data tersebut analisis. Bait-bait puisi diterjemah menggunakan kaedah parafrasa, iaitu terjemahan yang mengikuti karya asal dengan rapat, tetapi yang diikuti ialah maknanya bukan perkataannya. Hasil kajian ini mendapati antara nilai-nilai spiritual yang terdapat dalam antologi puisi beliau ialah keredaan terhadap ketentuan Allah s.w.t., tawakal, khawf, sangkaan baik terhadap Allah s.w.t., kecintaan terhadap Akhirat, dan mempersiapkan diri untuk hari Akhirat.

Description

Jurnal al-Hilkmah 6(2014): 51-65

Keywords

Nilai,, akhlak,, puisi Imam Shafi’i,, spiritual

Citation