Publication:
Penguasaan Komunikasi Islam Dalam Kalangan Pelajar Sarjana Muda Al-Quran Dan Al-Sunnah Dengan Komunikasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Komunikasi merupakan elemen penting yang harus dikuasai oleh seorang pelajar yang bergelar mahasiswa. Hal ini kerana, setelah menceburi bidang pekerjaan majikan akan meletakkan kemahiran komunikasi sebagai salah satu kemahiran bukan teknikal yang perlu dikuasai oleh para pekerja yang ingin bekerja sama ada dalam sektor swasta mahupun kerajaan. Secara khususnya, kertas kerja ini bertujuan mengkaji tahap komunikasi Islam yang diaplikasikan oleh mahasiswa Kuis' jabatan al-Quran dan al-Sunnah dengan Komunikasi serta faktor yang menghalang komunikasi ini tidak berlangsung secara berkesan di dalam kelas. Kajian yang berbentuk tinjauan ini melibatkan seramai 50 orang sampel pelajar semester 6, 7 dan 8 dalam program Ijazah Sarjana Muda al-Quran dan al-Sunnah dengan Komunikasi. Borang soal selidik digunakan sebagai intrumen kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan kefahaman mahasisswa terhadap ilmu komunikasi sangat positif. Manakala, dari sudut kemahiran komunikasi pula, dalam kalangan mahasiswa terdapat permasalahan dari sudut berdepan denga audien yang berlainan jantina. Mahasiswa menganggap keadaan yang kekok itu menjadi punca komunikasi mereka gagal untuk disampaikan kepada audiens ketika sesi pembentangan. Hasil daripada dapatan kajian, penulis memberikan cadangan kepada pihak pensyarah agar memperbanyakkan aktiviti komunikasi berkumpulan antara lelaki dan perempuan seperti forum, perdebatan, dialog dan sebagainya. Justeru, dengan kajian yang dilakukan ini dapat memberi input yang berguna kepada pihak universiti untuk menambah baik aktiviti pengajaran dan pembelajaran ketika sesi mengajar di dalam kelas dan seterusnya dapat menigkatkan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar KUIS.

Description

Keywords

Penguasaan, Komunikasi, al-Quran, al-Sunnah, KUIS

Citation

Yama, P., Mohd Noor, M. S., Ibrahim, S. Z., Che Omar, S. A., & Rozeli, M. I. S. (2021). Penguasaan Komunikasi Islam Dalam Kalangan Pelajar Sarjana Muda al-Quran dan al-Sunnah Dengan Komunikasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Journal Of Hadith Studies, 3(2). https://doi.org/10.33102/johs.v3i2.58