Publication:
Terjemahan Ayat Mutashabihat: Analisis Fungsi Prosedur Eksplisitasi

Loading...
Thumbnail Image

Date

2019

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Ayat mutashabihat ialah ayat yang mengandungi banyak pentafsiran kerana mempunyai pelbagai dimensi makna. Eksplisitasi pula ialah salah satu prosedur terjemahan yang diperkenalkan oleh Vinay danDarbelnet sebagai usaha agar pembaca bahasa sasaran memahami dengan jelas makna implisit yang terkandung di dalam teks sumber. Melalui prosedur ini, bentuk makna implisit yang terkandung di dalam teks sumber dapat dizahirkan ke dalam teks sasaran. Penterjemah selaku pihak yang memainkan peranan dalam memindahkan makna sebenarnya sentiasa terikat dengan ideologi tertentu yang akan mewarnai teks sasaran yang dihasilkannya. Kajian ini bertujuan meneliti bentuk eksplisitasi yang terdapat dalam terjemahan ayat-ayat mutashabihat dalam al-Quran serta menghubungkaitkannya dengan pengaruh aliran pemikiran yang dipegang oleh penterjemah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang menjurus kepada analisis kandungan teks al-Quran yang dihurai secaradeskriptif dengan memilih tiga (3) perkataan yang dinisbahkan kepada Allah SWT yang terdapat dalam teks al-Quran sebagai sampel kajian iaitu lafaz )استوى(, )يد(dan (أعين). Korpus kajian pula adalah teks al-Quran yang diterjemahkan oleh Abdullah Basmeih, Mahmud Yunus dan Zaini Dahlan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terjemahan ayat-ayat mutashabihat menggunakan pelbagai bentuk eksplisitasi untuk memberi kefahaman yang lebih jelas kepada pembaca sasaran terhadap makna al-Quran iaitu bentuk pengkhususan, penambahan maklumat, maklumat tambahan dalam kurungan dan nota kaki. Selain itu, kajian juga mendapati bahawa Mahmud Yunus dan Zaini Dahlan mengekalkan makna literal teks al-Quran tanpa takwilan dan kadang-kadang condong kepada aliran pemikiran al-Ta’wil dalam menterjemahkan ayat mutashabihat. Manakala Abdullah Basmeih pula lebih cenderung kepada aliran pemikiran al-Takwil dan al-Ithbat bi Dawabit dalam memberikan maksud ayat mutashabihat.

Description

Volume :4 No:2

Keywords

Ayat mutashabihat; Eksplisitasi; Terjemahan;Pemikiran; Teks

Citation