Options
Perbezaan Di Antara Kata Kerja Berimbuhan Dalam Bahasa Arab Dan Bahasa Melayu
Journal
Jurnal Linguistik
Date Issued
2014
Author(s)
Mahmoud Mohammed Ali
Abstract
Lazimnya orang Melayu sebagai bukan penutur jati bahasa Arab, mempelajari dan memahami bahasa Arab melalui kaedah menterjemah ke dalam bahasa ibunda serta membandingkan ciri-ciri antara kedua-dua bahasa. Oleh yang demikian, bagi menjadikan penterjemahan itu betul dan menepati maksud sebenar, penguasaan dalam kedua-dua bahasa amat penting. Antara aspek yang mesti dikuasai dengan baik ialah pengetahuan berkaitan ciri-ciri persamaan dan perbezaan dalam kedua-dua bahasa. Didapati bahawa antara punca kelemahan para pelajar dalam bahasa Arab khususnya tajuk kata kerja berimbuhan adalah kegagalan mereka mengenal pasti aspek persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam tajuk ini. Justeru, artikel ini cuba meneliti tajuk kata kerja berimbuhan dalam bahasa Arab dan Melayu dengan menumpukan kepada aspek perbezaan sama ada dari segi fizikal pengimbuhan itu sendiri mahupun aspek maksud pengimbuhan. Kajian mendapati terdapat perbezaan yang ketara di antara keduanya iaitu penggunaan pola-pola tertentu di dalam bahasa Arab yang tidak terdapat di dalam bahasa Melayu.
File(s)
Loading...
Name
Perbezaan di antara Kata Kerja Berimbuhan dalam Bahasa Arab dan Bahasa Melayu.pdf
Description
Perbezaan Di Antara Kata Kerja Berimbuhan Dalam Bahasa Arab Dan Bahasa Melayu
Size
408.55 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):7263dc4eb687ea9c339c6895da0be4f2