Options
Analisis Sentimen Wargamaya Terhadap Naratif Icerd Di Dalam Portal Malaysiakini.Com
Date Issued
2021-10-06
Author(s)
Mohd Azrin Wahid
Rodziah Sidek
Abstract
International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) mula didrafkan kali pertama pada 20 November pada tahun 1963 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA). Ia rentetan dari isu besar yang melanda masyarakat dunia pada waktu itu apabila kembalinya stigma anti semitik yang berlaku terhadap kalangan ahli masyarakat dunia. Kontroversi ICERD kini melanda bumi Malaysia apabila pemimpin negara telah mencadangkan untuk meratifikasikan ICERD. Media memainkan peranan utama dalam menyebarkan maklumat begitu juga MalaysiaKini.com. Kajian ini telah memilih portal MalaysiaKini.com sebagai sampel media untuk menilai persepsi wargamaya terhadap ICERD di mana data diperoleh melalui komen yang ditinggalkan wargamaya di setiap artikel berkaitan ICERD. Kajian telah mengaplikasikan pendekatan analisis sentimen untuk menilai persepsi warga maya terhadap naratif ICERD bagi portal MalaysiaKini.com. Dengan kaedah leksikon yang menggunakan perpustakaan TextBlob, komen dikelaskan kepada tiga kekutuban sentimen iaitu positif, neutral dan negatif mengikut skor polariti yang ditetapkan. Hasil kajian menunjukkan 95% (5126) daripada sampel diambil adalah sentimen positif, merujuk kepada sokongan terhadap raktifikasi ICERD. Secara keseluruhan, kajian membuktikan bahawa rata-rata pembaca portal MalaysiaKini.com bersetuju agar ICERD diratifikasikan di Malaysia.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
ANALISIS SENTIMEN WARGAMAYA TERHADAP NARATIF ICERD DI DALAM PORTAL MALAYSIAKINI.COM.pdf
Size
845.36 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):841ae4eba7d835097075a7e68128dca4