We value your input! Please help us improve by filling out our feedback form.
Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Research Report
  3. Year 2005
  4. Tahap Penilaian Pengguna Terhadap Risiko Keselamatan Makanan Dalam Ikan Dan Makanan Laut Selepas Tsunami
 
  • Details
Options

Tahap Penilaian Pengguna Terhadap Risiko Keselamatan Makanan Dalam Ikan Dan Makanan Laut Selepas Tsunami

Date Issued
2005
Author(s)
Alina Abdul Rahim 
Universiti Sains Islam Malaysia 
Salam Babji
Norrakiah Abdullah Sani
Nuriza Mohd. Suradi
Zalifah Mohd. Kasim
Bah Pyan Tan
Abstract
Dalam kajian ini, 201 pengguna di dua buah pasar awam di Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah diberikan soal selidik mengenai tahap penerimaan mereka terhadap ikan dan makanan laut selepas Tsunami. Organisasi kerajaan seperti Jabatan Perikanan Malaysia, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Daerah serta Persatuan Nelayan dan J.K.K.K kampung Keda, Kuala Muda turut terlibat sebagai responden. 89.6% pengguna menafikan khabar angin mengatakan makanan laut selepas Tsunami tidak selamat dan tercemar akibat peristiwa tersebut. Tindakan pantas organisasi kerajaan yang terlibat secara langsung berasaskan sistem keselamatan dan pemantauan yang baik berperanan memperbaiki situasi, dimana sistem pengurusan kualiti seperti sanitary and phytosanitaly, analisis kualiti mikrobiologi, analisis bahaya titik kawalan kritikal (HACCP) dipraktikkan. Konsumer tidak mengalami masalah kesihatan sebelum mahupun selepas bencana Tsunami. Berdasarkan rekod daripada jabatan kerajaan, tidak ada masalah kesihatan dilaporkan setelah memakan ikan atau makanan laut sebaik sahaja selepas Tsunami. 46.5% responden yang mewakili kerajaan berpendapat yang sistem keselamatan dan pemantauan yang sedia ada berada pada tahap sederhana dan perlu diperbaiki agar setanding dengan standard antarabangsa. 48.4% responden merasakan pemantauan oleh beberapa organisasi kerajaan tidak berkesan dikawasan kritikal seperti gerai-gerai ditepi jalan. 33.3% responden mengatakan pihak penguasa tidak membuat pemantauan dikawasan-kawasan yang dikenalpasti sebagai kritikal. Pengguna dan responden badan-badan kerajaan yang terlibat bersepakat mengatakan bahawa isu berkaitan bahan tarnbah dan pengawet, isu bahan kimia dan isu kesihatan boleh menjejaskan industri makanan laut tempatan walaupun tahap keselamatan makanan di Malaysia berada pada tahap yang baik sebelum dan selepas Tsunami. Pihak kerajaan dan orang ramai perlu lebih sensitif dan bekerjasama terhadap isu keselamatan makanan bagi memastikan ia sentiasa berada pada tahap yang memuaskan. Masyarakat nelayan masih lagi belum mendapat dana bantuan sepenuhnya seperti mana yang dijanjikan oleh kerajaan mengakibatkan mereka tidak dapat turun kelaut. Ditambah pula dengan masalah harga diesel meningkat, hasil tangkapan ikan turut terjejas. Di antara alasan kenapa nelayan meningkatkan harga ikan dan makanan laut selepas Tsunami yang diberikan responden nelayan ialah, 55.6% menyatakan tangkapan hasilan laut berkurangan, 1 1.1 % bermasaalah menjual ikan akibat permintaan merosot, oleh itu harga produk dinaikkan, dan 33.3% berbuat demikian untuk mengaut keuntungan. Jualan ikan dan makanan laut tidak terjejas akibat bencana Tsunami kerana rata-rata pengguna memakan ikan atau makanan laut seperti biasa.
File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Tahap Penilaian Pengguna Terhadap Risiko Keselamatan Makanan Dalam Ikan Dan Makanan Laut Selepas Tsunami.pdf

Size

5.39 MB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):875f01d6595fb9bf9b89a884aac30c49

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia