Options
Pembangunan Aplikasi Telefon Pintar Islamic Tourism (i-TOURISM) Melalui Platform Android Dan IOS: Kajian Awal
Date Issued
2022
Author(s)
Mohammad Najib Jaffar
Azman Ab. Rahman
Mohd Nizwan Musling
Nurkhamimi Zainuddin
Mohammad Imran Ahmad
Muhammad Sabri Sahrir
Abstract
Teknologi moden hari ini telah mencapai satu tahap yang luar biasa di mana pelbagai aktiviti harian manusia hari ini tidak akan terpisah dengan teknologi. Penggunaan telefon pintar adalah antara kesan penggunaan teknologi yang sangat pesat setiap tahun termasuklah dalam sektor pelancongan. Berdasarkan Singapore’s Crescent Rating dan United State’s Dinar Standard, Malaysia merupakan antara negara Islam pilihan utama pelancong Muslim terutamanya dari Timur Tengah yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Kajian ini bertujuan untuk menjalankan kajian awal mengenai pembangunan aplikasi telefon pintar pelancongan Islam yang menggunakan medium bahasa Arab bagi memudahkan mereka untuk melancong di Malaysia dan mendapatkan akses pelancongan kesihatan dan perubatan, pelancongan perniagaan, pelancongan halal dan pelancongan pendidikan. Kajian ini menggunakan kaedah Design Development Research (DDR) sebagai metodologi untuk untuk menganalisis aplikasi yang sedia ada dan menilai keberkesanan penggunaan aplikasi telefon pintar i-Tourism dalam kalangan pelancong Arab di Malaysia.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Pembangunan Aplikasi Telefon Pintar Islamic Tourism (i-TOURISM) Melalui Platform Android Dan IOS Kajian Awal.pdf
Size
443.94 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):4a613efcb780dd64eca797e67df3448e