Options
Warna Hijau Sebagai Intervensi Nonfarmakologi Bagi Masalah Kebimbangan (Anxiety): Analisis dari Perspektif Al-Quran dan Hadith Sahih Al-Bukhari
Date Issued
2025
Abstract
Kajian ini meneliti makna dan penggunaan warna hijau dalam nas al-Qur’an dan Hadith Sahih al-Bukhari serta hubungannya dengan intervensi secara nonfarmakologi bagi masalah kebimbangan (anxiety). Analisis kualitatif dokumen dilakukan terhadap ayat-ayat al-Qur’an yang mengandungi lafaz berkaitan warna hijau serta 13 teks hadith daripada Sahih al-Bukhari. Dapatan kajian menunjukkan warna hijau dalam al-Qur’an dikaitkan dengan kesuburan tumbuhan, kesegaran bumi selepas hujan, pakaian dan tempat beradu ahli syurga dan keindahan taman di akhirat. Dalam konteks hadith Sahih al-Bukhari pula, 12 teks hadith membawa konotasi positif dengan tema pakaian, barangan, alam semulajadi, taman, tumbuhan, permaidani dan perumpamaan iman atau harta, manakala satu hadith lagi membawa konotasi negatif yang menggambarkan penderitaan fizikal seorang wanita. Secara keseluruhan, warna hijau dalam nas al-Quran dan hadith Sahih al-Bukhari merujuk kepada kehidupan, ketenangan, keberkatan, dan kenikmatan di akhirat. Dapatan kajian ini disepadukan dengan hasil kajian dalam psikologi moden yang mendapati warna hijau memberi kesan relaksasi, menstabilkan emosi serta menurunkan tahap kebimbangan. Justeru, warna hijau dilihat mempunyai peranan sebagai elemen penting dalam terapi warna berdasarkan nas al-Quran dan Hadith Nabawi sebagai pendekatan secara nonfarmakologi bagi masalah kebimbangan ( anxiety).
File(s)
Loading...
Name
Warna Hijau Sebagai Intervensi Nonfarmakologi Bagi Masalah Kebimbangan.pdf
Size
548.59 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):61d5271234ef3794ff81f8e41d61f26e