Publication: Kekal Pulih, Faktor Risiko Dan Faktor Perlindung Dalam Kalangan Bekas Pesakit Penyakit Penyalahgunaan Dadah
Loading...
Date
2022
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Academia Industry Networks (ACINET)
Abstract
Kajian perbandingan kecenderungan kekal pulih antara klien sukarela dan bukan sukarela yang berada di dalam tempoh rawatan dan yang telah bebas dalam komuniti bermatlamat untuk melihat kecenderungan kekal pulih antara kedua-dua kumpulan. Kajian ini berbentuk perbandingan dengan menggunakan kaedah kualitatif. Data kualitatif dikumpulkan secara temubual dan dianalisa mengikut tema. Pemilihan sampel kajian telah dibuat secara persampelan bertujuan (purposive sampling), dimana pusat rawatan yang menerima klien sukarela dan yang menerima klien atas bukan sukarela telah dijadikan panduan dalam pemilihan sample. Sebanyak 24 pusat rawatanNGO telah terlibat dalam kajian ini. Tujuh buah pusat adalah yang menerima klien sukarela dan Tujuh Belaspusat pula menerima klien yang tinggal di pusat berkenaan. Dari pusat-pusat rawatan NGO ini seramai 55 orang telah dipilihsecarapurposive samplingsebagai responden. Bagi persoalan kecenderungan kekal pulih dalam kalangan kumpulan yang berada dalam pusat rawatan secara sukarela dan bukan sukarela, hanya 1% sahaja yang menyatakan mereka boleh kekal pulih. Hasil kajian ini mendapati terdapat perbezaan bagi tahap kecenderungan untuk kekal pulih bagi klien bukan sukarela yang masih dalam rawatan berbanding dengan yang telah selesai menjalani rawatan.
Description
Vol. 4, No. 1 ( page: 58-76)
Keywords
Kekal pulih, Penyalahgunaan dadah, ACREDA, klien skuarela dan bukan sukarela.
Citation
Shafie, A., Rahimi, M., Mohd Sukor, N., Mohamad Yasid, A., & Yunus, A. (2022). KEKAL PULIH, FAKTOR RISIKO DAN FAKTOR PERLINDUNG DALAM KALANGAN BEKAS PESAKIT PENYAKIT PENYALAHGUNAAN DADAH. International Journal Of Social Science Research, 4(1), 58-76. Retrieved from https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr/article/view/17002