Publication:
Wakaf Ahli: Peruntukan Undang-Undang Dan Pelaksanaannya Di Malaysia

Loading...
Thumbnail Image

Date

2018

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Universiti Sains Islam Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Wakaf ahli atau dikenali sebagai wakaf zuriat adalah harta atau manfaat yang diwakafkan oleh pewakaf (waqif) kepada penerima wakaf (mawquf alaih) iaitu seseorang atau lebih seorang daripada keturunan waqif bagi tujuan kebajikan. Wakaf ahli telah diamalkan sejak dahulu dalam kalangan para sahabat dan pemerintah Islam. Sebagai contoh wakaf ahli yang masih wujud sehingga hari ini adalah Wakaf Saidina Umar untuk keturunannya, begitu juga wakaf Saidina �Uthman. Namun, wakaf ahli di Malaysia semakin dipinggirkan memandangkan wujud kesukaran dalam menguruskannya walaupun jumlah bilangan wakaf ahli yang diuruskan adalah kecil. Artikel ini bertujuan melihat pelaksanaan wakaf ahli dari sudut perundangan di Malaysia dan pelaksanaannya. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dan temu bual, kemudiannya data dianalisa secara tematik. Kajian ini mendapati peruntukan mengenai wakaf ahli adalah berbeza mengikut negeri. Hanya Enakmen Wakaf Negeri Perak yang mempunyai tafsiran khas kepada wakaf ahli. Rekod menunjukkan wakaf ahli paling awal di Kelantan adalah pada tahun 1921 dan hasil mawquf masih dapat dipelihara dan dinikmati oleh mawquf alaih bawah pengurusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Ini menunjukkan bahawa wakaf ahli mempunyai keistimewaan tersendiri dalam memastikan kelangsungan manfaat kepada ahli keluarga yang merupakan mawquf alaih. Tambahan, pengurusan wakaf yang baik dapat memastikan mawquf dibangunkan dan manfaat darinya terus berkembang untuk kebaikan masyarakat

Description

Keywords

wakaf, wakaf pendidikan, wakaf ahli

Citation