Options
Analisis Makna Implisit Unsur Budaya Dalam Teks Terjemahan Hadis Sahih Bukhari
Date Issued
2025
Author(s)
Abstract
Hadis dikategorikan sebagai salah satu jenis teks agama dalam disiplin terjemahan. Oleh kerana agama diklasifikasikan sebagai salah satu unsur budaya, maka pemindahan makna daripada teks sumber kepada teks sasaran perlu diteliti supaya penterjemahannya membawa maksud sebenar secara komprehensif. Selain itu, pemindahan makna daripada teks sumber kepada teks sasaran bukan sahaja berkaitan dengan aspek linguistik semata-mata, tetapi turut melibatkan pemahaman terhadap fungsi, niat penutur, dan konteks penggunaannya dalam masyarakat. Dalam konteks penterjemahan teks hadis. cabaran utama terletak pada usaha menyampaikan mesej budaya yang kaya dengan nilai kontekstual, seperti istilah berkaitan makanan, adat resam, atau peribahasa Arab, yang sering kali tidak mempunyai padanan langsung dalam bahasa sasaran. Situasi ini boleh menimbulkan risiko kehilangan makna, salah tafsir, atau kekaburan dalam kalangan pembaca, sekali gus mengurangkan kefahaman terhadap maksud sebenar hadis. Berdasarkan keperluan ini, kajian dijalankan dengan tujuan mengenal pasti unsur budaya yang mengandungi makna implisit dalam terjemahan hadis Sahih Bukhari terbitan JPM, seterusnya menganalisis terjemahan unsur tersebut berdasarkan makna denotasi dan konotasi. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah analisis teks, melalui pemilihan rawak terhadap unsur budaya yang dikenal pasti membawa makna implisit. Dapatan awal menunjukkan bahawa penterjemahan unsur budaya tersebut sering memerlukan sokongan sumber rujukan tambahan atau penambahan keterangan bagi memastikan mesej yang terkandung dapat difahami dengan jelas dan tepat. Sehubungan itu, kajian menegaskan keperluan untuk memberi perhatian serius terhadap penterjemahan unsur budaya yang sarat dengan makna implisit. Penekanan ini penting sebagai usaha menjamin kesetaraan makna yang disampaikan, sekali gus memperkukuh kefahaman pembaca terhadap maksud hadis secara menyeluruh serta mengelakkan berlakunya penyimpangan makna.
File(s)
Loading...
Name
Analisis Makna Implisit Unsur Budaya Dalam Teks Terjemahan Hadis Sahih Bukhari.pdf
Size
753.8 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):ae95c3fd093024d55c4bd23f052ea00e