Options
Kesan dan Implikasi Pengajian Bersanad Secara Atas Talian
Date Issued
2024
Author(s)
Muhammad Nawawi Bin Mohd Nabil
Muhammad Amru Aqil Bin Mohamad
Syed Najihuddin Syed Hassan
Abstract
Pengajian secara bersanad ini amatlah dituntut oleh agama dan pada dasarnya ia amatlah dituntut untuk dilakukan secara bersemuka. Pengajian secara bersemuka ini dapat memberikan kefahaman yang maksima serta murid dapat bertanya secara terus akan perkara yang tidak difahami. Namun, penuaran Covid-19 telah mengubah pelbagai corak pendidikan terutamanya pengajian terpaksa dijalankan secara atas talian. Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji implikasi serta kesan terhadap pengajian bersanad secara atas talian. Di antara objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti masalah-masalah yang timbul apabila pengajian ini dilaksanakan secara atas talian serta perkara-perkara yang dapat dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Kaedah yang akan digunakan untuk melaksanakan kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Dapatan daripada kajian ini mendapati antara kesan-kesan negatif pengajian secara atas talian ialah maklumat yang disampaikan tidak semuanya dapat difahami serta akan terdapat keciciran maklumat. Akan tetapi terdapat juga beberapa kelebihan yang diperoleh daripada pengajian secara atas talian ini. Kesimpulannya, pengajian bersanad secara atas talian mempunyai beberapa kesan yang mungkin akan menyebabkan ilmu yang disampaikan itutidak sepenuhnya difahami. Namun, ianya juga turut mempunyai kelebihan tersendiri iaitu dapat memudahkan seseorang yang berada jauh daripada tempat pengajian untuk menyertai pengajian tersebut.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Kesan dan Implikasi Pengajian Bersanad Secara Atas Talian.pdf
Size
371.59 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):be2e54d5aa500863dd966d6b813fabd7