Publication: Analisis Metodologi Kritikan Hadith dan Pensejarahan Ibn Hibban al-Busti (m. 354/965) Berhubung Sirah Nabi
Loading...
Date
2019
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sultan Azlan Shah
Abstract
Metodologi krtikan ḥadīth berkembang dalam
dunia Islam sejak abad pertama hijrah dan masih
menjadi ciri khas kesarjanaan Islam sehingga
hari ini. Salah seorang ilmuwan ḥadīth prolifik,
Ibn Ḥibbān al-Bustī telah menghasilkan kamus
biografi Kitāb al-Thiqāt yang merupakan karya
berharga buat pengkajian tiga abad pertama
hijrah samada daripada sudut metodologi
kritikan ḥadīth mahupun rakaman sejarah awal
Islam yang tidak berhubungan dengan ilmu
ḥadīth. Artikel ini menyusur galur penggunan
metodologi kritikan ḥadīth dan kerangka
kronologi bagi penilaian tekstual warisan
nabawi serta pengelompokan generasi manusia
dari masa atau zaman yang sama (ṭabaqāt).
Dengan menggunakan dua kajian kes berserta
analisis kandungan, percubaan makalah ini
adalah untuk membentangkan pendekatan
Ibn Ḥibbān terhadap sīra Nabi Muhammad
lantas menuju kepada beberapa pertimbangan
umum mengenai hubungan ilmu ḥadīth dan
pensejarahan (historiografi). Hasil kajian
memperlihatkan pendekatan pensejarahan
melalui metodologi kritikan ḥadīth lahir
daripada interaksi Ibn Ḥibbān bersama teks sīra
serta perhubungan aktif yang menggabungkan
elemen-elemen berlainan; apa yang dibaca Ibn
Ḥibbān, metodologi beliau, kecenderungan
ideologi, aspirasi di dalam penulisan al-Thiqāt
dan lain-lain lagi. Secara keseluruhannya,
kesemua hasil kerja beliau membolehkan para
pembaca atau penyelidik untuk merungkaikan
pelahiran maksud berlainan dan unik berhubung
cerita kehidupan Nabi Muhammad.
Description
GJAT | JULY 2019 | VOLUME 9 ISSUE 1 | 79
Keywords
Ibn Hibban;, Kitab al-Thiqat;, Metodologi Kritikan Hadith;, Historiografi;, Sira; Tarajim