Options
Terjemahan Hadis Isyarat Mesra OKU Pendengaran (OP): Hadis Kewajipan Mencari Rezeki yang Halal
Date Issued
2022
Author(s)
Nurhidayah Abdul Rasheed
Wan Nur Nazihah Wan Zamri
Nabila Irdini Mat Yaacob
Maisarah Saidin
Abstract
Sejak kebelakangan ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh ahli akademik untuk menterjemahkan al-Quran kepada bahasa isyarat. Kesinambungan daripada usaha tersebut, didapati bahawa pengembangan pengajaran dan pembelajaran (PdP) hadis kepada komuniti OKU Pendengaran (OP) adalah sama pentingnya dengan PdP al-Quran. Malangnya, hadis yang merupakan sumber kedua dalam Islam masih belum diperkasakan kepada komuniti ini. Justeru, kajian ini akan mewujudkan usaha inovasi ke arah pembangunan pengajaran dan pembelajaran (PDP) hadis kepada komuniti OP, mereka bentuk terjemahan hadis mesra OP berdasarkan makna dan pemahaman hadis serta membangunkan prototaip Bahasa Isyarat bagi Terjemahan Hadis “Kewajipan Mencari Rezeki Yang Halal”. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk berasaskan model ADDIE. Reka bentuk model ini merangkumi 5 peringkat utama iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Hasil kajian mendapati bahawa bahan pengajaran dan
pembelajaran berkaitan hadis dalam bahasa isyarat untuk OKU Pendengaran perlu dihasilkan dengan lebih banyak dan sangat bermanfaat bagi kegunaan komuniti ini dalam memahami ajaran Islam dengan lebih baik. Selain itu, komuniti OP ini juga dapat memahami maksud hadis “Kewajipan Mencari Rezeki yang Halal” dengan adanya prototaip Terjemahan Bahasa Isyarat Mesra OP ini. Penyelidikan ini perlu diteruskan agar lebih banyak hadis dapat diterjemahkan ke dalam bahasa isyarat, disamping komuniti OP terdedah kepada ilmu hadis dengan lebih meluas dan mereka dapat mengakses PdP berkaitan hadis dengan lebih mudah. Prototaip ini juga boleh digunakan sebagai modul penyampaian dan bahan pengajaran dalam program berbentuk ilmiah
yang khusus untuk komuniti OP.

Subjects
File(s)
Loading...
Name
Terjemahan Hadis Isyarat Mesra OKU Pendengaran (OP) Hadis Kewajipan Mencari Rezeki yang Halal.pdf
Size
555.32 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):12c21179dd03718c3e6b531270e70338