Options
Pendidikan Ilmu Keusahawanan Dalam Membentuk Keperibadian Dalam Kalangan Murid Kolej Permata Insan, USIM
Date Issued
2024
Author(s)
Nadia Nadzira binti Mohd Fauzi
Nur Karl Syarfa Alyaa Hermanto
Nur Syamimi Qashrina Muhamad Fauzi
Abstract
Usahawan memainkan peranan penting dalam ekonomi global yang berubah dengan pantas. Untuk menjadi seorang usahawan berjaya dalam dunia perniagaan yang semakin kompetitif, ilmu menjadi asas yang sangat penting. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji peranan ilmu dalam membentuk kejayaan seorang usahawan dalam kalangan murid Kolej PERMATA Insan. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara kepentingan ilmu pengetahuan dan kompetensi dengan pencapaian usahawan dalam perniagaan. Data dianalisis secara manual melalui kaedah tematik. Dapatan kajian mendapati, informan kajian bersetuju ilmu pengetahuan mampu dan penting dalam pembentukan kemenjadian dan kejayaan seorang usahawan dalam bidang perniagaan. Hasil kajian ini memberi sumbangan kepada institusi dalam merangka program yang sesuai kepada ahli kelab usahawan muda, Kolej PERMATA Insan. Akhirnya, kajian ini menekankan bahawa usahawan perlu berusaha untuk terus meningkatkan ilmu dan kompetensi mereka sebagai satu strategi penting untuk mencapai kejayaan dalam dunia perniagaan yang sentiasa berubah.
File(s)
Loading...
Name
Pendidikan Ilmu Keusahawanan Dalam Membentuk Keperibadian Dalam Kalangan Murid Kolej Permata Insan, USIM.pdf
Size
250.61 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):61cfb09e4e11f9b4acadf1e62aed5375