Publication:
How Does Alternative Treatment Through Traditional Malay Exercise Good for General Health?

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Malaysia’s multiracial society has its cultural heritage of exercising for the health of its practitioners. In Chinese culture, for example, there is Tai Chi, while in Indian culture, Yoga is practiced for general health. Furthermore, in Malay culture, exercise has always been associated with the martial arts called ‘Silat Melayu’ with one of them being Senaman Tua Melayu (ST), which is developed from Silat Melayu Keris Lok 9. The Ministry of Health Malaysia has recognized traditional medicine as an alternative treatment. Senaman Tua Melayu (ST) belongs to this category. Unfortunately, there are no scientific studies to prove the effectiveness of ST for its users. Therefore, this study aims to analyze the effectiveness of ST from the users' perspective upon completing 16 sessions of ST training. The quantitative approach, i.e. questionnaire instrument, is used to carry out this study. It also used the qualitative method, where interviews with all participants were conducted for data triangulation. The results show that ST is significantly effective in improving participants' general health and musculoskeletal systems. Findings also showed that participants are strongly interested in continuing the practice of ST to improve their general health. It is hoped that this research may spread the good effects of doing routine physical activity. Further research can be done to explore the benefits of ST in a specific disease apart from general health.   Abstrak: Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum mempunyai warisan budaya bersenam yang tersendiri untuk kesihatan pengamalnya. Dalam budaya Cina misalnya, terdapat Tai Chi, manakala dalam budaya India pula Yogadiamalkan secara umum untuk kesihatan. Dalam budaya Melayu, senaman lazimnya dikaitkan dengan seni mempertahankan diri yang dipanggil ‘Silat Melayu’, salah satunya ialah Senaman Tua Melayu (ST) yang telah dikembangkan daripada Silat Melayu Keris Lok 9. Kementerian Kesihatan Malaysia mengiktiraf perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif. Senaman Tua Melayu (ST) tergolong dalam kategori ini. Walau bagaimanapun, belum ada kajian saintifik yang membuktikan keberkesanan ST kepada pengamalnya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis keberkesanan ST dari perspektif pengamal atau peserta setelah mereka menamatkan latihan ST sebanyak 16 sesi. Pendekatan kuantitatif iaitu instrumen soal selidik digunakan dalam kajian ini. Dalam masa yang sama, kaedah kualitatif turut digunakan dengan menjalankan temu bual terhadap semua peserta untuk tujuan triangulasi data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ST amat berkesan dalam meningkatkan kesihatan am dan sistem muskuloskeletal peserta. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa peserta amat berminat untuk meneruskan amalan ST bagi meningkatkan kesihatan mereka. Kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat atau kesan baik melakukan aktiviti bersenam sebagai rutin harian. Kajian selanjut boleh dilakukan untuk meneroka manfaat ST dalam menyembuhkan penyakit tertentu selain daripada kesihatan am.

Description

Sains Insani, Volume 9 Issue 1 Page (47-55)

Keywords

Senaman Tua Melayu(ST), general health, musculoskeletal system, exercise, alternative treatmen

Citation

Ros Aiza Mohd Mokhtar, Adibah Sulaiman, Mohd Azmir Mohd Nizah, Hishomudin Ahmad, Hanis Hidayu Kasim, Sharifah Najwa Syed Mohamad, Fathima Begum Syed Mohideen (2024). How Does Alternative Treatment Through Traditional Malay Exercise Good for General Health? Bagaimana Rawatan Alternatif Senaman Tradisional Melayu Baik untuk Kesihatan Am?. Sains Insani, 9(1), 47-55. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol9no1.587