Options
Kepimpinan Wanita dalam Kerangka Masyarakat Madani: Analisis Prinsip Al-Quran dan Maqasid Al-Syariah
Date Issued
2025
Author(s)
Atriza Umar
Hamidah Mat
Ummu Atiyah Ahmad Zakuan
Abstract
Kajian ini membincangkan konsep kepimpinan wanita dalam kerangka masyarakat Madani dengan menelusuri prinsip-prinsip kepimpinan yang berpaksikan al-Quran dan Maqasid al-Syariah. Dalam konteks dunia Islam kontemporari, peranan wanita semakin menonjol dalam pelbagai bidang kepimpinan, sama ada dalam sektor politik, pendidikan, ekonomi mahupun sosial. Namun begitu, masih wujud kekeliruan dan polemik berkaitan kedudukan wanita sebagai pemimpin, khususnya apabila ditafsirkan melalui perspektif budaya dan patriarki yang sempit, bukan melalui kerangka maqasid dan keadilan Islam yang sebenar. Kajian ini bertujuan menilai prinsip-prinsip asas kepimpinan wanita yang digariskan dalam al-Quran serta meneliti bagaimana pendekatan Maqasid al-Syariah dapat dijadikan kerangka dalam menilai dan memperkukuh peranan wanita dalam sistem kepimpinan masyarakat Madani. Kaedah kualitatif digunakan melalui analisis teks terhadap ayat-ayat al- Quran, hadis serta pandangan sarjana klasik dan kontemporari Islam. Data sokongan turut diperoleh melalui kajian dokumen dan penulisan ilmiah berkaitan konsep masyarakat Madani dan pembangunan insan menurut Islam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa al-Quran mengiktiraf kemampuan dan potensi wanita sebagai pemimpin yang membawa nilai rahmah, keadilan, dan ihsan, selaras dengan lima prinsip utama Maqasid al-Syariah menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Prinsip-prinsip ini menjadi asas dalam memastikan kepimpinan wanita berfungsi bukan sekadar sebagai simbol kesamarataan gender, tetapi sebagai instrumen pembinaan masyarakat sejahtera yang berteraskan nilai kemanusiaan dan tanggungjawab sosial. Dalam konteks masyarakat Madani, kepimpinan wanita yang berteraskan maqasid menekankan keseimbangan antara hak dan tanggungjawab, spiritual dan material, serta individu dan komuniti. Kesimpulannya, kajian ini menegaskan bahawa kepimpinan wanita bukan sahaja diiktiraf dalam Islam, malah merupakan sebahagian daripada manifestasi keadilan dan kesejahteraan yang menjadi tunjang kepada gagasan Masyarakat Madani. Pendekatan berasaskan al-Quran dan Maqasid al-Syariah perlu dijadikan asas dalam merangka dasar, pendidikan, dan latihan kepimpinan wanita agar mereka mampu menyumbang secara holistik kepada pembangunan ummah dan negara.
File(s)
Loading...
Name
Kepimpinan Wanita dalam Kerangka Masyarakat Madani Analisis Prinsip Al-Quran dan Maqasid Al-Syariah.pdf
Size
231.04 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):831f961215946f26a2b828c24483b40d