Publication:
Isu Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (PDP) Bagi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Dan Institusi Pendidikan Sewaktu Covid-19

dc.contributor.authorAzman Ab Rahmanen_US
dc.contributor.authorNurul Nadia Nozlanen_US
dc.contributor.authorHussein ‘Azeemi Abdullah Thaidien_US
dc.contributor.authorMuhammad Firdaus Ab Rahmanen_US
dc.contributor.authorMohamad Anwar Zakariaen_US
dc.date.accessioned2024-05-31T02:13:22Z
dc.date.available2024-05-31T02:13:22Z
dc.date.issued2020-10-15
dc.description3 rd INTERNATIONAL SEMINAR ON ISLAM AND SCIENCE 2020 (SAIS 2020) COVID-19: IMPLICATION, IMPACT AND SOLUTION Date: 15 October 2020 Organized by: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) In Collaboration with: International Halal and Fatwa Centre (iFFAH) & Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU)en_US
dc.description.abstractPenggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) pada masa kini semakin mendapat tempat di setiap sektor di Malaysia. Kepesatan pembangunan telah menjadikan ICT itu satu keperluan dalam kalangan orang ramai. Masyarakat tidak kira golongan normal mahupun Orang Kurang Upaya (OKU) tidak ketinggalan dalam menggunakan perkhidmatan ICT yang kian meluas ini. Masyarakat lebih cenderung untuk menggunakan perkhidmatan ICT seperti internet, melakukan transaksi jual beli atas talian (online), melakukan kerja dari rumah (Work From Home) dan proses pembelajaran dari rumah sewaktu PdP. Arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan telah menyebabkan keterbatasan dalam sektor pendidikan untuk beroperasi secara biasa (bersemuka) dan menjadikan pembelajaran secara dalam talian sebagai medium gantian. Namun begitu, timbul persoalan tentang bagaimanakah golongan OKU ini menggunakan medium pengantaraan ICT atau kaedah PdP secara dalam talian sewaktu Covid-19 untuk meneruskan sesi pembelajaran mereka. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti isu yang dihadapi oleh golongan OKU dan institusi pendidikan dalam menggunakan kaedah PdP secara maya dalam proses PdP sewaktu Covid-19. Kajian kualitatif ini akan menggunakan kaedah dokumentasi, pemerhatian dan temu bual dalam mencapai objektif yang ditetapkan. Hasil kajian mendapati bahawa isu utama yang perlu ditempuhi oleh golongan OKU adalah komitmen daripada para pelajar sendiri serta komitmen ibu bapa dalam memantau pembelajaran anak istimewa mereka. Manakala, cabaran yang dihadapi oleh sesebuah institusi pendidikan adalah untuk mengenal pasti kaedah yang sesuai bagi melaksanakan PdP secara dalam talian sewaktu Covid-19 terhadap pelajar daripada golongan OKU. Kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan kepada institusi pendidikan dalam menambah baik proses PdP bagi OKU sewaktu bencana berlaku seperti Covid-19 ini.en_US
dc.identifier.epage386
dc.identifier.isbneISBN : 9789674408367
dc.identifier.spage373
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18438
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Islam Malaysiaen_US
dc.relation.conferenceE-Proceeding : Seminar Antarabangsa Islam Dan Sains (SAIS 2020)en_US
dc.subjectICT, Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Covid-19, Isu.en_US
dc.titleIsu Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (PDP) Bagi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Dan Institusi Pendidikan Sewaktu Covid-19en_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) BAGI PELAJAR ORANG KURANG UPAYA (OKU) DAN INSTITUSI PENDIDIKAN SEWAKTU COVID-19 .pdf
Size:
438.73 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description:

Collections