Options
Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Gamifikasi Tahfiz Global Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Subjek Muraja’ah Al-quran
Journal
Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs (JQSS)
Date Issued
2022
DOI
10.33102/jqss.vol6no2.163
Abstract
Pendidikan al-Quran sangat sinonim dengan kaedah pelaksanaannya secara talaqqidan musyafahahsejak zaman Rasulullah SAW sehingga kini. Namun corak pendidikan turut berkembang dan berubah mengikut arus perkembangan teknologi multimedia dengan menginovasikan kepelbagaian kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Fenomena inovasi dalam pendidikan al-Quran memberi kesan positif dalam menangani isu buta huruf dalam al-Quran serta menyelesaikan isu-isu pembelajaran seperti peruntukan masa dan kaedah yang terhad. Lantaran itu, kaedah gamifikasi dalam pembelajaran al-Quran sangat mesra pengguna dengan masa yang lebih fleksible. Walaupun kaedah gamifikasi ini adalah sesuatu yang agak baharu dalam pendidikan al-Quran, namun ia merupakan salah satu bentuk yang lebih kreatif dan inovatif dalam mempengaruhi golongan gen Z yang sangat suka kepada sesuatu baharu. Objektif kajian ini untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap produk Gamifikasi Tahfiz Globalyang dilaksanakan dalam kelas dan meninjau persepsi pelajar terhadap penggunaan Gamifikasi Tahfiz Globaldalam kelas dari aspek objektif dan kesannya terhadap subjek Muraja’ah al-Quran dalam pengajaran dan pembelajaran subjek muraja’ah al-Quran.Metodologi kajian berbentuk kajian deskriptif dengan menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu pengedaran set soal selidik dan disokong dengann kualitatif melalui analisis dokumenkeputusan ujian Syafawi al-Quran dalam kalanganpelajar tahun 1, program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Qiraat, USIM. Kajian ini dianalisis secara deskriptif melalui kekerapan dan peratusan melibatkan 32 orang responden dengan menggunakan persampelan bertujuan. Hasil kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap produk Gamifikasi Tahfiz Global dan penggunaan produk ini dalam subjek Muraja’ah al-Quran berada pada tahap yang baik.Kesimpulannya gamifikasi dalam pembelajaran al-Quran merupakan antara bentuk pendidikan yang lebih interaktif dalam memartabatkan al-Quran sebagai kitab Allah yang menjadi panduan dan bimbingan dalam kehidupan mukmin yang kamil bukan sekadar memenuhi keperluan kurikulum tetapi sebagai tuntutan farduain.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Persepsi Pelajar terhadap Penggunaan Gamifikasi Tahfiz Global dalam Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Muraja’ah al-Quran.pdf
Size
477.14 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):bc5bee040a694e6b85cf0226fc26e88a