Options
Pembangunan Wall Library Untuk Makmal Hadis: Satu Kajian Aplikasi Di Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, USIM
Date Issued
2020-10-29
Author(s)
Nurul Syafiqa Jafar
Hani Athira Ahmad Safari
Mohamad Zahid Hanafiah
Abstract
Makmal Hadis di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah telah diwujudkan sejak awal penubuhan fakulti demi memudahkan pengajaran dan pembelajaran hadis melalui pengalaman. Makmal ini menyediakan sejumlah koleksi kitab hadis yang dimanfaatkan secara optimum oleh pensyarah serta pelajar dalam mendalami proses pengkajian hadis. Makmal ini telah dilengkapkan dengan penggunaan perisian terkini seperti perisian al-Maktabah al-Shamilah dan perisian Jawami‘ al-Kalim, berserta dua ruang pembelajaran yang berkongsi satu ruang koleksi kitab semenjak perpindahan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah ke bangunan baru. Permasalahan timbul apabila koleksi kitab tidak mencukupi, tidak lengkap dan sebahagiannya rosak. Justeru, penyelesaian yang dicadangkan ialah menyediakan perpustakaan digital yang dinamakan “Wall Library” yang boleh diakses melalui kod QR menggunakan pendekatan model ADDIE. Dapatan kajian telah mendapati majoriti pengguna yang mencuba penggunaan teknologi ini berpuas hati malah teruja untuk menggunakannya. Kajian ini boleh dimanfaatkan dan diberikan nilai tambah agar memaksimakan penggunaan makmal hadis seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dalam era revolusi industri ke-4.
File(s)
Loading...
Name
BM010 - Pembangunan Wall Library Untuk Makmal Hadis Satu Kajian Aplikasi Di Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, USIM.pdf
Description
Pembangunan Wall Library Untuk Makmal Hadis: Satu Kajian Aplikasi Di Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, USIM
Size
535.92 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):032f6e4b9782d2d64f910717880f1c9c