Publication:
Kecenderungan Pemilihan Kerjaya dalam Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat Muslim di Negeri Sembilan

dc.contributor.authorNurin Kausar binti Abdul Rahmanen_US
dc.contributor.authorNur Aizatul Aisyah binti M Azwien_US
dc.contributor.authorAmnah Zanariah Abd Razaken_US
dc.contributor.authorAiman Fadhilah binti Ahmad Rozleyen_US
dc.date.accessioned2024-05-30T03:50:17Z
dc.date.available2024-05-30T03:50:17Z
dc.date.issued2023-12-23
dc.description4th Insan Junior Researchers International Conference 2023 (iJURECON 2023) : "STREAM for a better future”/ editors : Ahmad Fuad Mohamad Amin, Nurhidaya Mohamad Jan, Nur Aisyah Mohamed, Nur Fatin Fathillah Mazlan 27-28 October 2023 Organized by : Kolej Permata Insanen_US
dc.description.abstractPendedahan kepada pelajar pintar dan berbakat dalam pemilihan kerjaya pelajar amat diperlukan agar pelajar dapat mengenal pasti kekuatan diri yang akan dijadikan panduan bagi pemilihan kerjaya masa depan pelajar. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk kajian tinjauan menggunakan instrumen Inventori Minat Kerjaya (IMK) oleh KPM 2012. Sampel kajian ini adalah seramai 50 orang pelajar tingkatan 5 di salah sebuah sekolah pintar dan berbakat Muslim di Negeri Sembilan. Inventori IMK ini dianalisis menggunakan analisis perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23. Analisis inferensi dilakukan bagi mengukur perbezaan pembolehubah minat kerjaya antara jantina. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara elemen yang tertinggi bagi pelajar lelaki ialah Investigatif (I), Artistik (A) dan Sosial (S), manakala bagi pelajar perempuan pula elemen tertinggi ialah Realistik (R), Sosial (S), Enterprising (E) serta Investigatif (I). Ini menunjukkan minat kecenderungan pelajar lelaki berbeza dari minat kecenderungan pelajar perempuan, namun terdapat sedikit persamaan dalam kecenderungan Sosial (S). Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa pemilihan kerjaya adalah suatu proses yang kompleks bagi pelajar pintar berbakat yang mempunyai pelbagai potensi dalam diri setiap individu namun pelajar perlu membuat keputusan serta persediaan sebelum memasuki dunia pekerjaan yang sebenar. Implikasi kajian ini dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar sekolah menengah dalam kecenderungan pemilihan kerjaya bagi masa hadapan pelajar. Dapatan ini juga berguna bagi ibu bapa serta unit psikologi dan kaunseling sekolah dalam memahami kecenderungan pemilihan kerjaya pelajar ini. Hasilnya pelajar akan lebih yakin dan jelas tentang kerjaya pilihan mereka dan dapat mengetahui kelebihan serta cabaran yang bakal dilalui bagi bidang kerjaya yang bersesuaian dengan dapatan daripada data IMK ini.en_US
dc.identifier.citationMohamad Amin, A. F., Mohamad Jan, N. M. J., Mohamed, N. A., & Mazlan, N. F. F. M. (Eds.). (2023). In 4th Insan Junior Researchers International Conference 2023 (iJURECON 2023. Kolej PERMATA Insan.en_US
dc.identifier.epage144
dc.identifier.isbn978-629-97667-5-9
dc.identifier.spage141
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16532
dc.language.isootheren_US
dc.publisherKolej PERMATA Insanen_US
dc.relation.conference4th Insan Junior Researchers International Conference 2023 (iJURECON 2023)en_US
dc.subjectPelajar pintar dan berbakat, minat kerjaya, pemilihan kerjaya.en_US
dc.titleKecenderungan Pemilihan Kerjaya dalam Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat Muslim di Negeri Sembilanen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Kecenderungan Pemilihan Kerjaya dalam Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat Muslim di Negeri Sembilan.pdf
Size:
231.22 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description:

Collections