Publication:
Faktor-Faktor Mempengaruhi Kritikan Riwayat Sirah: Satu Kajian Terhadap Nūr Al-Dīn Al- Ḥalabī Dalam Karyanya Al-Sīrah Al- Ḥalabiyyah

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Kritikan (naqad) ke atas riwayat hadis merupakan salah satu cara untuk mengenal pasti keabsahan sesebuah hadis. Kaedah ini juga telah diguna pakai dalam riwayat sirah yang dihimpunkan oleh para ulama dalam karya al-Sīrah al-Nabawiyyah. Melalui penelitian yang dilakukan terhadap karya ini, didapati bahawa para ulama mengkritik sebahagian riwayat sirah berdasarkan dua aspek utama dalam bidang hadis, iaitu aspek sanad dan matan. Meskipun begitu, sebahagian pengarang al-Sīrah al-Nabawiyyah kelihatan dipengaruhi oleh beberapa faktor yang memberi impak terhadap kaedah kritikan (naqad) mereka. Justeru, artikel ini merupakan satu kajian analisis faktor yang mempengaruhi para ulama dalam kritikan (naqad) mereka terhadap riwayat sirah, dengan menjadikan Nur al-Dīn al-Ḥalabī sebagai sampel kajian melalui karyanya al-Sīrah al-Ḥalabiyyah. Pendekatan metode kualitatif melalui kaedah analisis perpustakaan digunakan untuk mengeluarkan faktor yang mempengaruhi Nūr al-Dīn al-Ḥalabī dalam kritikan (naqad) beliau ke atas riwayat sirah, serta menganalisis kritikan beliau berdasarkan kaedah Takhrīj al-Ḥadīth dan al-Ḥukm ʿAlā al-Riwāyah yang muktabar di sisi ulama hadis. Hasil kajian menunjukkan bahawa Nūr al-Dīn al-Ḥalabī dipengaruhi oleh tiga (3) faktor utama dalam kritikan (naqad) beliau dalam riwayat sirah iaitu, kecenderungan beliau terhadap ideologi Sufism, pengaruh mazhab al-Syāfiʿī, dan pengagungan bangsa Arab.

Description

8TH International Prophetic Conference SWAN 2022 5th to 6th October 2022 (Hybrid Conference) Organized by: Faculty Of Quranic And Sunnah Studies

Keywords

kritikan (naqad) riwayat sirah, nur al-din al-halabi, al-sirah al-halabiyyah

Citation

M Azizan, A. S., Mohamed Nor, Z., & Mohd Hamdan, M. A. (2022).Faktor-Faktor Mempengaruhi Kritikan Riwayat Sirah: Satu Kajian Terhadap Nūr Al-Dīn Al- Ḥalabī Dalam Karyanya Al-Sīrah Al- Ḥalabiyyah. Proceeding of International Prophetic Conference, (8th), 123–135. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/15

Collections