Publication:
Aplikasi Kecerdikan Buatan (ai) Dalam Pembelajaran Al-quran

dc.contributor.authorFarihah Khalisah Nasir
dc.contributor.authorUmairatul Ezzah Md Ariff Maricar
dc.contributor.authorSyed Najihuddin Syed Hassan
dc.date.accessioned2024-09-06T17:04:12Z
dc.date.available2024-09-06T17:04:12Z
dc.date.issued2024
dc.date.submitted2024-9-1
dc.descriptionJurnal Penyelidikan Islam dan Kontemporari (JOIRC), Volume 7 Issue 12 Page (54 - 65)
dc.description.abstractKajian ini dijalankan bagi menerangkan kelebihan menggunakan pelbagai jenis Aplikasi Kecerdikan (Intelligence Artificial) dalam membantu proses pembelajaran Al-Quran. Antara permasalahan yang dapat diketengahkan di dalam kajian ini adalah dapatan carian mod bahasa daripada AI tidak sepenuhnya bertepatan dengan konteks dari ayat Al-Quran apabila melalui proses translasi. Selain itu, terdapat juga kesukaran dalam mencari aplikasi AI yang tepat dalam proses pembelajaran Al-quran. Seterusnya, adalah berkaitan kesedaran masyarakat masih berada di tahap rendah dalam memahami kaedah penggunaan aplikasi AI dalam pembelajaran Al-Quran. Objektif kajian ini adalah bagi mengenalpasti kesahihan makna ayat al-quran hasil carian ChatGPT, seterusnya menganalisis aplikasi AI yang paling sesuai dalam pembelajaran Al-Quran serta memberi pendedahan kepada masyarakat berkaitan penggunaan pelbagai aplikasi AI berikutan perkembangan teknologi hari ini. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Antara hasil dapatan kajian ini adalah, penggunaan kaedah AI dalam pembelajaran Al-Quran memerlukan proses berkonsultasi dengan ahli tafsir untuk memastikan interpretasi yang diberikan oleh Chatgpt bertepatan dengan al-quran. Walaupun setelah menggunakan AI, masyarakat tetap perlu merujuk kepada kitab-kitab tafsir Al-Quran. Selain itu, pemilihan aplikasi kecerdikan buatan haruslah yang sesuai dengan situasi dan keperluan konteks pembelajaran Al-Quran. Kesimpulannya, aplikasi kecerdikan buatan adalah mod alat yang berharga dalam pembelajaran Al-Quran namun masih perlu diambil kira beberapa kekurangannya. Penting untuk mengimbangi kemudahan akses ini dengan ada keterlibatan daripada orang yang mahir dalam bidang alquran bagi memastikan apa yang dicari itu sahih. Ekoran perkembangan teknologi aplikasi AI, masyarakat boleh menjadikannya satu metode dalam meningkatkan pemahaman kepada Al-Quran.
dc.identifier.citationFarihah Khalisah Nasir, Umairatul Ezzah Md Ariff Maricar & Syed Najihuddin Syed Hassan (2024). Aplikasi kecerdikan buatan (Artificial Intelligence) dalam pembelajaran Al-Quran. Jurnal Penyelidikan Islam dan Kontemporari (JOIRC), 7 (12), 54 - 65.
dc.identifier.doi10.55573/JOIRC.071205
dc.identifier.epage65
dc.identifier.issn2637-0948
dc.identifier.issue12
dc.identifier.other1004-63
dc.identifier.spage54
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/22526
dc.identifier.urihttps://joirc.com/PDF/JOIRC-2024-12-06-05.pdf
dc.identifier.volume7
dc.language.isoms
dc.publisherAcademic Inspired Network
dc.relation.ispartofJurnal Penyelidikan Islam dan Kontemporari (JOIRC)
dc.relation.issn2637 - 0948
dc.relation.journalJurnal Penyelidikan Islam dan Kontemporari (JOIRC)
dc.subjectKecerdikan buatan
dc.subjectPembelajaran Al-quran
dc.subjectAplikasi AI
dc.titleAplikasi Kecerdikan Buatan (ai) Dalam Pembelajaran Al-quran
dc.title.alternativeApplication Of Artificial Intelligence In Quranic Learning
dc.typetext::journal::journal article::research article
dspace.entity.typePublication
oaire.citation.endPage65
oaire.citation.issue12
oaire.citation.startPage54
oaire.citation.volume7
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Islam Malaysia
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Islam Malaysia
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Islam Malaysia

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Aplikasi Kecerdikan Buatan (ai) Dalam Pembelajaran Al-quran
Size:
352.43 KB
Format:
Adobe Portable Document Format