Publication:
Laporan Berita Proklamasi Darurat Pandemik Covid-19: Analisis Wacana Autoritatif Portal Berita Bahasa Arab ‘aswaq’

dc.contributor.authorMuhammad Marwan Ismail
dc.contributor.authorFarah Nadia Harun
dc.contributor.authorWan Moharani Muhamad
dc.contributor.authorNurhasma Muhammad Saad
dc.contributor.authorZulkipli Md Isa
dc.date.accessioned2024-11-19T17:05:38Z
dc.date.available2024-11-19T17:05:38Z
dc.date.issued2024
dc.date.submitted2024-11-18
dc.descriptionJurnal Dunia Pengurusan, Volume 6 Issue 1 Page (23–38)
dc.description.abstractPandemik Covid-19 telah menjadi topik utama wacana segenap lapisan masyarakat. Media masa khususnya portal berita dalam talian telah memainkan peranan yang penting sebagai agen penyebaran maklumat terkait pandemik kepada umum dengan cepat dan mudah. Justeru, makalah ini bertujuan menganalisis dengan terperinci laporan beritaterkait pandemik Covid-19 yang dipaparkan oleh portal berita berbahasa Arab ‘Aswaq’ (aswaqpress.com) bermula Januari hingga Julai 2021. Aswaq yang mula beroperasi sejak 2009 berperanan sebagai jambatan berita dan maklumat antara Malaysia dan dunia Arab. Fokus kajian adalah kepada wacana autoritatif yang memuatkan naratif dari sumber-sumber pihak berwajib dan berpengaruh yang lazimnya dianggap umum sebagai sumber sahih. Kajian ini juga akan merungkai strategi-strategi yang digunakan oleh portal berita Aswaqdalam mengolah dan melaporkan wacana autoritatif dalam laporan berita mereka. Seterusnya ia akan memberi gambaran keseluruhan terhadap naratif lopran berita terkait pandemik Covid-19 yang dihidangkan kepada para pembaca khususnya di Timur Tengah berkaitanMalaysia. Metode kajian adalah kualitatif dengan menggunakan pendekatan Analisis Wacana Kritis (AWK) berasaskan teks (textual-oriented Critical Discourse Analysis) yang dianjurkan oleh Norman Fairclough (1992). Hasil analisis kualitatif akan dibantu dengan dapatan data statistik janaan perisian analisis Korpus Linguistik ‘AntConc’ bagi sistem Windows 11 versi 4.2.4 (2023). Dapatan awal menunjukkan, naratif berita pandemik Covid-19 oleh Aswaq.com padat dengan wacana autoritatif bagi meyakinkan para pembaca tentang maklumat yang mereka sajikan kepada para pembaca sasaran. Dalam pada itu, terdapat juga wacana dari sumber-sumber lain bersifat antagonis yang mencabar kewibawaan wacana autoritatif selain menawarkan wacana alternatif kepada naratif pihak berkuasa.Semua ini menjadikan wacana portal berita Aswaq kaya dengan pelbagai maklumat dari sumber yang berbeza untuk tatapan para pembaca yang semakin kritis. Di akhir makalah, cadangan dan penambahbaikan akan dikemukakan untuk kajian berkaitan pada masa hadapan.
dc.identifier.citationMuhammad Marwan Ismail, Farah Nadia Harun, Wan Moharani Muhamad, Nurhasma Muhammad Saad & Zulkipli Md Isa (2024). Laporan Berita Proklamasi Darurat Pandemik Covid-19: Analisis Wacana Autoritatif Portal Berita Bahasa Arab “Aswaq.” Jurnal Dunia Pengurusan, 6(1), 23–38. https://doi.org/10.55057/jdpg.2024.6.1.3
dc.identifier.epage38
dc.identifier.issn2682-8251
dc.identifier.issue1
dc.identifier.other1020-32
dc.identifier.spage23
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/25134
dc.identifier.urihttps://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg/article/view/25923/14219
dc.identifier.volume6
dc.language.isoms
dc.publisherAsian Scholars Network
dc.relation.ispartofJurnal Dunia Pengurusan
dc.relation.issn2682-8251
dc.relation.journalJurnal Dunia Pengurusan
dc.subjectCovid-19
dc.subjectAnalisis Wacana Kritis
dc.subjectKorpus Linguistik
dc.subjectPortal Berita
dc.subjectWacana Autoritatif
dc.titleLaporan Berita Proklamasi Darurat Pandemik Covid-19: Analisis Wacana Autoritatif Portal Berita Bahasa Arab ‘aswaq’
dc.typetext::journal::journal article::research article
dspace.entity.typePublication
oaire.citation.endPage38
oaire.citation.issue1
oaire.citation.startPage23
oaire.citation.volume6
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Islam Malaysia
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Islam Malaysia
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Islam Malaysia
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Islam Malaysia
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Islam Malaysia

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Laporan Berita Proklamasi Darurat Pandemik Covid-19: Analisis Wacana Autoritatif Portal Berita Bahasa Arab ‘Aswaq’
Size:
335.84 KB
Format:
Adobe Portable Document Format