Publication:
Pelaksanaan Pengagihan Zakat Kepada Asnaf Ar-Riqab Di Malaysia

Loading...
Thumbnail Image

Date

2014-04-29

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Universiti Sains Islam Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Kajian ini bagi menganalisis isu kedudukan ar-riqab sebagai penerima zakat di Malaysia dalam konteks masa kini. Realiti sistem perhambaan individu seperti yang berlaku semasa zaman Nabi Muhammad s.a.w sudah tidak berlaku di zaman moden. Persoalannya, adakah bahagian golongan ’fi al-riqab’ yang dinyatakan dalam ayat 60 surah at-taubah sudah tidak relevan pada zaman moden kini. Adakah kita masih perlu berpegang kepada takrifan hamba mukatab atau hamba sahaya sahaja? Atau adakah boleh diperluaskan konsep dan interpertasi asnaf ar-riqab bersesuaian dengan keadaan semasa dan setempat?.Justeru, objektif kajian ini bagi mengenalpasti definisi sebenar asnaf ar-riqab menurut ulama’ dulu dan kini termasuk fatwa-fatwa yang berkaitan dengannya, menilai kedudukan asnaf ar-riqab sebagai penerima zakat di negeri-negeri di Malaysia serta mengenalpasti golongan-golongan lain yang boleh dikategorikan di bawah asnaf ar-riqabmenepati realiti masa kini. Metodologi kajian dilakukan kaedah kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian sejarah, dan reka bentuk kajian kes Penganalisisan data menggunakan kaedah deskriptif dan komparatif. Hasil penyelidikan menunjukkan takrifan dan pengagihan asnaf riqab harus diperluaskan berdasarkan pandangan Muhamaad al-Syaltut dan Sayyid Rasyid Rida.

Description

Keywords

Ar-Riqab,, Perhambaan,, Perluasan,, Konsep

Citation