Publication: Pendekatan Hafazan Hadis Di Universiti Islam Madinah: Kajian Terhadap Pelajar Selain Kuliah Hadis
Loading...
Date
2017
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Artikel ini meninjau tradisi hafazan hadis melalui subjek yang diajar kepada pelajar selain dari kuliah hadis di Universiti Islam Antarabangsa Madinah, Arab Saudi. Kajian ini bertujuan mendedahkan kepentingan hafazan hadis diterapkan kepada seluruh penuntut pengajian Islam selain dari bidang hadis yang utama. Kajian ini berbentuk sorotan dan pengenalan mengenai subjek hafazan hadis tersebut dari sudut jumlah hadis yang dipelajari dan yang perlu dihafal serta kuliah-kuliah yang terlibat dalam hafalan hadis ini disamping pemarkahan hafalan hadis yang dinilai dalam ujian tutorial dan peperiksaan akhir semester. Selain itu, kajian ini juga melihat beberapa perbandingan secara umum berkaitan penekanan dan pengamalan sistem hafazan hadis ini khusunya di Universiti Awam (UA) Malaysia. Kajian ini menggunakan metode lapangan dalam memperolehi data melalui kaedah temubual serta kajian perpustakaan melalui bahan-bahan terbitan yang berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa hafazan hadis amat ditekankan kepada pelajarpelajar Kuliah Dirasat Islamiyyah di Universiti Islam Antarabangsa Madinah sehingga dijadikan subjek wajib kepada pelajar selain daripada kuliah hadis. Kajian ini juga mendapati tradisi hafazan hadis ini amat perlu ditekankan kepada penuntut pengajian Islam secara umum sebagai persediaan menguasai dalil-dalil syarak dan tidak hanya terhenti kepada pelajar-pelajar di dalam bidang hadis atau al-Quran semata-mata.