Options
Analisis Pentafsiran Akidah Dalam Surah Al-Fatihah, Tafsir Al-Azhar
Date Issued
2021-10-06
Author(s)
Muhammad Yusry Affandy Md Isa
Abstract
Hamka (w.1981M) selaku pengarang kitab Tafsir al-Azhar telah menekankan perihal akidah dalam pentafsiran Surah al-Fatihah. Pentafsiran akidah dilakukan berpandukan metodologi pentafsiran tersendiri yang mencetuskan pentafsiran yang sarat dengan prinsip-prinsip khas berhubung akidah. Kajian kualitatif ini berobjektif untuk menganalisis metodologi pentafsiran pentafsiran Surah al-Fatihah. Seterusnya kajian berperanan mengeluarkan dan menjelaskan prinsip akidah yang wajar dijadikan pedoman dalam kehidupan muslim. Kajian ini penting dalam menjelaskan bahawa pentafsiran Surah al-Fatihah dalam Tafsir al-Azhar sentiasa konsisten dengan prinsip akidah yang sahih. Kaedah kajian ini mengaplikasikan kaedah induktif bagi mendapatkan fakta-fakta akidah di dalam pentafsiran Surah al-Fatihah. Kaedah deskriptif pula dijalankan bagi menghuraikan metodologi pentafsiran dan mewujudkan senarai prinsip akidah di bawah pemikiran Hamka. Dapatan kajian menunjukkan pentafsiran Surah al-Fatihah mengunapakai gabungan kaedah pentafsiran al-ma’thur dan al-ra’yi. Setiap pentafsiran ayat mengandungi prinsip akidah yang selari dengan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Keimanan kepada Allah S.W.T sentiasa ditekankan pada setiap ayat dan mempunyai kesamaan dengan kenyataan sebahagian kitab akidah dalam aliran salaf dan khalaf.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
ANALISIS PENTAFSIRAN AKIDAH DALAM SURAH AL-FATIHAH, TAFSIR AL-AZHAR.pdf
Size
837.59 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):72c97a12a545b658689f557c8caeefc6