Publication: Cadangan Keberkesanan Penggunaan Ict Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (PDP) Bagi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Dan Institusi Pendidikan Sewaktu Covid-19
Loading...
Date
2020-11-18
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Kepesatan pembangunan telah menjadikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) itu satu keperluan dalam kalangan orang ramai. Masyarakat tidak kira golongan normal mahupun Orang Kurang Upaya (OKU) tidak ketinggalan dalam menggunakan perkhidmatan ICT yang kian meluas ini. Pelbagai kemudahan atas talian seperti transaksi jual beli, proses pembelajaran mahupun pekerjaan banyak dilakukan oleh masyarakat sewaktu Covid-19 ini. Arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan telah menyebabkan pembelajaran secara bersemuka perlu digantikan dengan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian. Namun begitu, timbul persoalan tentang apakah langkah yang sesuai diambil oleh para guru dan pelajar OKU bagi memastikan keberkesanan penggunaan ICT dalam proses PdP sewaktu Covid-19 agar berjalan dengan lancar. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk membincangkan cadangan penyelesaian bagi keberkesanan penggunaan ICT melalui kaedah PdP secara dalam talian sewaktu Covid-19 bagi pelajar OKU dan institusi pendidikan. Kajian kualitatif ini akan menggunakan kaedah dokumentasi, pemerhatian dan temu bual dalam mencapai objektif yang ditetapkan. Hasil kajian mendapati bahawa antara bentuk inisiatif yang boleh diambil adalah dengan mendapatkan penglibatan atau komitmen daripada ibu bapa dan para pelajar OKU sendiri. Disebabkan kekangan yang timbul serta kurang komitmen daripada ibu bapa dalam memantau pembelajaran anak istimewa mereka, maka komitmen daripada ibu bapa amat penting dalam membantu keberkesanan proses PdP yang dijalankan secara dalam talian. Manakala, langkah yang boleh diambil oleh para guru untuk meneruskan PdP mereka secara dalam talian adalah dengan menitikberatkan platform yang bersesuaian dengan tahap kefahaman pelajar OKU sebelum pembelajaran dijalankan agar proses PdP lebih lancar dan teratur. Kajian ini diharapkan dapat memberi penyelesaian kepada para guru OKU dan golongan pelajar OKU dalam mendepani cabaran dan masalah dalam mengaplikasi kaedah PdP secara dalam talian sewaktu bencana serta menjadi rujukan kepada institusi pendidikan dalam menambah baik proses PdP bagi pelajar OKU.
Description
E-PROCEEDING 3rd INTERNATIONAL CONFERENCE OF THE POSTGRADUATE STUDENTS AND ACADEMICS IN SYARIAH AND LAW 2020 (3rd INPAC 2020)
"Syariah and Law Approach in Solving Contemporary Issues"
Organized by: Faculty of Syariah and Law
Date: 18 November 2020
Keywords
ICT, Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Covid-19, Cadangan